Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 03, 2012

Another Petua For Selasa

Macammana nak menangani masalah kecacingan or jangkitan cacing.  Jangkitan cacing adalah penyakit parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ badan.  Ini termasuklah cacing gelang, cacing cambuk, cacing kerawit, cacing benang, cacing kait dan cacing pita. Ooi, banyak ler pula jenis cacing.

Penyakit Cacing ini selalunyer dikaitkan dengan kanak-kanak. Tetapi sebenarnya, orang dewasapun boleh kena. Sebab itu kebersihan merupakan sesuatu yang paling utama dan penting untuk mengelakkan kecacingan. Ada orang kata minum air rebusan serbuk biji pinang yang direbus dengan lebih kurang dua cawan air. Sejukkan dan minum. Kata orang tua2 yang lain pula makanlah  'Tapai' selalu (mungkin sebab ianyer panas) dan boleh membunuh cacing2 dalam perut.(Kalau ada cacinglah). Apapun for me, di zaman serba moden ni beli ajelah Ubat Cacing yang berlambak di pasaran samada di klinik or farmasi.  Sayapun baru je beli recently untuk budak-budak ni. 
Tengok gambar kat bawah ni ha....

Resultnyer lepas makan, semua kata OK je Ummi! Nasib baik.. But this medicine not to be taken by preggy woman or child under age 1 ye !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...