Tabung Masa Depan ...

Thursday, April 12, 2012

Back to Work & Berita Sensasi Rita & Aidil.....................

Pergi ke dusun membaiki titi,
Dusun nun jauh di Sungai Lui,
Datang membaiki sedarilah pagi,
Semalam dah pun bercuti sehari,
Rasa hari ni nak cuti3 lagi,
Agak-agaklah bos nak ke bagi? (He he he)

Hari ini kembali bekerja.  Penat tu perkara biasalah tapi bekerja pun dikira satu ibadatkan. So, jangan banyak bersoal.  Soal letih, penat kena tolak tepi ye!.   Dan ....Berita sensasi hari ni.......
                                            (gambar waktu bahagia - ihsan google)

SEREMBAN – Pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak mengesahkan bahawa dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya yang juga aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar.
Aidil Zafuan, 25, berkata, permohonan itu difailkan oleh peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Katanya, dia tidak mahu berselindung mengenai perkara itu dan mengakui telah memfailkan tuntutan permohonan bercerai di mahkamah.
“Saya menyerahkan segala urusan tersebut (permohonan perceraian) kepada peguam dan saya sedang menanti perkembangannya di mahkamah.
“Saya juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung tindakan ini kerana tidak mahu memburukkan isteri saya dan tidak mahu masalah kami menjadi kontroversi umum,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mengulas mengenai dakwaan Rita Rudaini, 36, bahawa dia mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya hasil perkahwinan mereka, Aidil Zafuan berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar.
(more @ KOSMO! today)

Apapun bila berlaku sesuatu perceraian, paling kasihan dan selalu menjadi mangsa adalah anak2.  Harap yang terbaik untuk mereka berdua.  Ingatkan anak2 yang comel dan masih kecil tu.  Doakan yang terbaik saja ye!

1 comment:

Mummydearie said...

Kalau dah bercuti tu memang malas sikit rasa nak naik kerja. Bab Rita dan suami ni memang letihlah nak follow. Kacau bilau betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...