Tabung Masa Depan ...

Sunday, April 15, 2012

Dua Datuk Calon Favourite!

Jom main teka2.....

Ada dua orang ni, Cer teka! Cer teka!. Dua2 berpangkat Datuk, dua2 berasal dari Penang, dan kedua2nya merupakan pemain nombor satu dunia. Ha, dapat jawab tak?. Ala, takkan nak fikir2 lagi. Siapa lagi kalau bukan Jaguh Badminton Datuk Lee Chong Wei dan Ratu Squash negara Datuk Nicol Ann David. Mereka merupakan calon favourite untuk Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negara 2011. Untuk rekod, Datuk Lee Chong Wei pernah memenanginya pada tahun 2009 dan Datuk Nicol pula pada tahun 2010.  Ini berdasarkan dari senarai calon2 lain yang seakan tidak dapat menidakkan keupayaan mereka berdua untuk memenangi Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negara 2011. Kalau nama lain yang sangkut tak taulah! Yelah, kekadang apa yang kita jangkakan, lain pulak keputusannya.

Majlis penganugerahan dijangka akan dilakukan dalam satu majlis "Gala Dinner" at Palace of Golden Horses  pada 17 April, 2012 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah 



(Semua gambar ehsan google)

Yang bestnya, pemenang kali ini akan menerima RM 20,000 seorang tunai, berbanding RM 10,000 tahun lepas. Naik 100% tu. Kayo2.  Kalau macam tu, lepas ni nak kena paksa anak2 masuk sukan lak, boleh !

Update :

Datuk Lee Chong Wei dan Pandalela Rinong telahpun diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati 2011.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...