Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 03, 2012

EMPAYAR GALAKSI MANIA

Sudah Lengkap !

 


 Dengan berakhirnya Konsert Mania Pilihan Produser Minggu Ketiga, maka lengkap sudah empayar muzik yang dibina selama 3 minggu untuk melengkapkan galaksi Mania! Semua Penerbit Muzik Mania telah mempunyai 5 Selebriti Mania setiap seorang. Dengan ini juga bermulalah perjalanan evolusi Mania yang bakal melahirkan seorang Superstar!
Setelah pemilihan dilakukan, Empayar Dato' M. Nasir dianggotai oleh Stacy, Ebi, Kristal, Shila Amzah dan Hazama. Empayar Ahmad Dhani pula dianggotai oleh Atilia, Estranged, Akim, Hafiz dan Aril. Dan Empayar Aubrey Suwito terdiri daripada Adira, Alyah, Jaclyn Victor, Chaq dan Awi Rafael. Mereka semua bakal berentap bagi merebut gelaran Juara pertama Mania! sepanjang 7 minggu akan datang.
Mulai 6 April 2012, setiap Jumaat, jam 9 malam akan disiarkan rancangan FenoMania yang memaparkan segala aktiviti di sebalik tabir sepanjang minggu sebelum bermulanya Konsert Mingguan Mania. Segala persiapan, latihan dan persediaan bintang-bintang Mania bakal disaksikan dalam rancangan ini. FenoMania akan bersiaran di Astro Ria (104)
Bagaimana persembahan 15 Selebriti Mania pada Konsert Mania akan datang? Saksikan secara langsung, Konsert Mania, Sabtu, 9 malam di Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV, Singapura. Dapatkan info terkini Mania di laman sosial  dan Twitter Mania (#ManiaAstro)

Sama-sama kita tengok nanti ye !
(Credit : mania.com.my)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...