Tabung Masa Depan ...

Saturday, April 28, 2012

Hari Service Kereta @ Perodua

Salam Hari Sabtu!. 

Sebenarnya, nak cari tempat service kereta yang bagus bukan satu kerja yang mudah.  Kalau tak tahu, mahu kena sembelih dengan tauke2 kedai service tu.  Masalahnya, kalau bawa balik ke tempat dimana kita beli kereta tu, ceritanyer lebih kurang sama juga. Kekadang suruh buat lain, dibuat lain. Haru betul. Eh, boleh tak recommendkan mana2 tempat service yang bagus atau kedai2 yang tak "sembelih" ni. Yang you all tahulah!. So, takdelah kes ada yang terkena nanti.  Kekadang tu nak buat satu service kena cari dan tanya harga 2 -3 kedai dulu. Masalahnya lagi, harga pulak semua berbeza-beza! Pening betul. So nak tak nak terpaksalah juga bawa Encik Kereta jumpa Doktor "Perodua".  (Service so far ..... no komenlah!)  

Rasa malas juga nak bawak "Encik Kereta" jumpa doktor ni.  Rasanya "Encik Kereta" lebih relaxs je bila jumpa doktor dari tuan kereta tu sendiri. ( Ye Ke? ) Dan kos perubatan dia lebih banyak dari tuan kereta itu. Ini tidak adil!!  Tapi mengenangkan saya perlukan beliau untuk sentiasa berada dalam keadaan "Fit" setiap hari so terpaksalah bawak jugak. Kalau tak camno nak pergi kerja!.  Adusss! duit lagi............. Dan macam biasa kenalah tunggu "Encik Kereta" yang sedang bermanja2 dan dibelai2 macam dalam Spa tu kat dalam............Layan ajelah! Berapa lama lak tuan dier nak kena tunggu ni??

(Ni once upon a time service, bawak budak2 ni ... sampai menyanyi2 sebab bosan menunggu)



Dear Encik Kereta, harap2 lepas ni you punya performance lebih bagus, power dan mantap  yerrrrrrrrr!

1 comment:

Mummydearie said...

Biasalah KA. Kalau nak better performance kenalah servicenya mantaps juga. Tapi betullah kalau tak sungguhm memang kena tipu aje hidup-hidup. Lagi-lagi yang empunya kereta tu namanya perempuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...