Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 24, 2012

Hazama in Mania Minggu ke 6 .. Best!

Last Saturday sempat jugak tengok konsert Mania ke-6.  Terkejut pulak bila ada dua penyingkiran dilakukan sekali gus dan lebih mengejutkan lagi dua peserta yang disingkirkan itu ialah Atilia dan Akim, yang bernaung bawah Empayar Hijau Ahmad Dhani. Walaupun Hos Mania, Aznil Hj Nawawi pada awal konsert telah mengumumkan akan ada lebih dari satu penyingkiran pada konsert Mania yang akan datang, saya dah jangkakan pun sebab baki konsert yang tinggal hanya selama 4 minggu lagi sebelum akhir. Cuma terkejut sedikit(banyak) dengan penyingkiran Akim. Akim yang menyanyikan lagu Anuar Zain, Sedetik Lebih (actually not badlah) manakala Atilia pula dengan lagu Ratu Rock Ella, Layar Impian.

Bintang Mania lain yang membuat persembahan pada malam itu dan selain Akim dan Atilia adalah Hazama yang menyanyikan lagu Datuk Siti Nurhaliza, Cindai (Superb!), Adira (Destinasi Cinta/Siti Nurhaliza), Shila Amzah (Merisik Khabar/Sudirman), Ebi (Senandung Semalam/Alleycats), Kristal (Yank/Wali Band), Stacy (Goyang Inul/Inul), Jaclyn Victor (Grenade/Bruno Mars), Aril (Kembali Senyum/Izwan Pilus), Alyah (Khatimah Cinta/6ixth Sense), Hafiz (Karma/Faizal Tahir), dan Estranged (Itu Kamu/Estranged).

Persembahan minggu ini nyata lebih menghiburkan dengan pemilihan lagu yang baik dan persembahan mantap dari peserta.  Saya sebenarnya gemarkan dan sentiasa menunggu2 persembahan dari Stacy dan Jaclyn Victor.  But for this week, saya ingin ucapkan syabas dan tahniah buat Hazama atas persembahan luar biasanya.  Persembahan yang lari dari kebiasaannya. Sesuatu yang unik dan terbaik setakat ini dari Hazama.  Mula2 dengar Hazama nak menyanyikan lagu Cindai ni, tertanya2 juga.  Boleh ke dia? Tapi bila dah dengar dan lihat persembahan beliau, Hazama sememangnya layak jadi juara AF9 dulu.  Dan kalau berterusan persembahan sebegini,  beliau akan menjadi antara pencabar terkuat untuk menang dalam Mania kali ini! Salute, pada keberanian Hazama menyanyikan lagu yang hebat ini dengan cara yang tersendiri tanpa terikut2 cara penyanyi asal. Mana yang tak sempat tengok, boleh lihat ini ..... Terbaiklah untuk lagu 'Cindai" versi lelaki.

                                                      (credit : youtube.com)

Tak suka ?.... Terpulanglah masing2kan............... Tapi sekarang I'm looking forward for Hazama in Konsert Mania ke 7 nanti !  All the best Hazama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...