Tabung Masa Depan ...

Thursday, April 12, 2012

Kampung Sungai Lui - Secebis Info

Kampung Sungai Lui  Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cuti semalam dok mencari-cari info ini.  Here it's for you all .....

Kampung Sungai Lui terletak di tepi Sungai Lui yang bercantum dengan Sungai Langat. Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Penduduk kampung ini orang Melayu keturunan Kerinchi atau Kurinchi yang pindah dari Sumatra , Indonesia sekitar tahun 1800 yang lalu. Penduduk di sini banyak mengusahakan dusun buah-buahan seperti durian, langsat, rambai dan tampoi. Ada juga yang menanam rambutan dan pisang . Tidak ada pula kelapa sawit . Ada juga beberapa keping papan tanda menunjukkan mereka ingin menjual tanah . Dato' Yusuf Haslam misalnya, mendirikan sebuah rumah di sini dengan papan tanda Casa d' Haslam.

Kampung Orang Asli Paya Lebar
Kampung ini berhampiran dengan Sungai Lui. Orang Asli suku Temuan tinggal di kawasan ini. Sesuatu yang tidak dapat dilupakan apabila anda berkunjung ke Kampung Sungai Lui ialah anda akan disambut dengan bayuan lembut dan deruan air terjun sungai gabai yang mengimbau para pengunjung.

Mengikut kata orang tua , nama Sungai Lui diambil sempena dengan nama orang asli (LUI) yang mula-mula mendiami kampung ini. Pada 1900an, peneroka tanah dari Bukit Nanas, Seputeh, Subang dan Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur telah diarahkan berpindah oleh kerajaan kerana ingin menjadikan kawasan tersebut kawasan bandar. Penghulu Mukim Hulu Langat ketika itu, Encik Abdul Jalil telah membawa mereka ke Hulu Langat untuk dijadikan kawasan penempatan baru. Di sini mereka telah berpecah dengan menetap di Semungkis, Pansoon dan Sungai Lui.
Ketika itu, pedagang Cina juga datang untuk membijih di sungai sungai dengan mendulang. Terdapat juga cerita yang mana perkataan "LUIT" iaitu teloh orang Cina yang bermakna "DUIT" menjadi popular kerana banyaknya keuntungan dari mendulang bijih timah hingga perkataan itu menjadi sinonim dengan kawasan tersebut. Di samping itu orang asli yang sama sama meneroka juga bernama LUI, maka nama tersebut diambil dan disatukan dengan sungai yang mengalir di tengah tengah kampung ini. Kampung ini terbahagi kepada Kampung Kota Petai, Kampung Tanjung Pauh, Kampung Batu 20, Kampung Haji Hassan, Kampung Masjid, Kampung Bharu, Rumah Murah PKNS, Kampung Sungai Gabai, Kampung Tengah Batu 23, Kampung Tuntong, Kampung Batu 25 dan Kampung Paya Lebar. Penduduknya dianggarkan seramai 5 000 orang atau mungkin lebih sekarang ini.

Antara kemudahan yang terdapat di kampung ini ialah sebuah sekolah rendah, sekolah rendah agama, klinik desa, masjid, padang awam, gelanggang futsal, pusat sumber desa, dewan orang ramai,tanah perkuburan, beberapa balairaya, bangunan belia 4B dan taman permainan. Kebanyakkan penduduknya berkerja sebagai kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, pekerja kilang, berniaga, petani, dan bekerja sendiri. Pada amnya 99% penduduknya terdiri dari orang Melayu. Walaupun penduduknya terdiri dari keturunan Kerinci dan Minangkabau namun mereka hidup dengan aman dan harmoni. Bergotong royong pada sesuatu majlis perkahwinan atau kenduri kendara masih diamalkan. Kampung ini terkenal dengan kumpulan Silat Pedang yang dipersembahkan semasa majlis perkahwinan. Pertarungan menggunakan pedang dipersembahkan semasa majlis perkahwinan dan acara-acara lain.

Lagu popular yang bertajuk 'Sungai Lui' dinyanyikan oleh Aizat Amdan mengisahkan tentang Sungai Lui!
 
                                                      (credit :  www.youtube.com)

Just sharing with all of you! Cheers..................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...