Tabung Masa Depan ...

Saturday, April 14, 2012

Kisah Lucu - Pajero ke Jamero??

Salam Sabtu hari ni.  So, sebab hari ini cadang nak pergi service kereta, kita ceritalah pasal kisah lucu berkaitan kenderaan pulak, boleh!.. My daughter cakap.. Boleh.. Boleh Blah!! He He

Ini cerita seorang makcik.  Dia tinggal berseorangan selalunyer. Cuma kadang kala bila hujung minggu adalah nampak anak2 dan cucu2 datang menjenguk.  Satu hari bila anak dia balik bercuti,  terus aje dia bertanya.

Mak :  Mak dengar cerita nak beli kereta baru ye? .
Anak:  Ya, tak lama lagilah. Ingat nak cari yang besar sikit.
Mak:   Kereta jenis apa tu?
Anak:  Tengoklah Kereta MPV ke,  Four Wheel Drive ke ....
Mak :  Kereta macam mana tu?
Anak:  Ala, kereta macam  Amin bawak tu lah (Amin ni seorang driver kerajaan dan memandu pacuan empat roda milik kerajaan )
Mak :  Oh, itu taulah, kereta “Jamero” tu!
Anak:  Apa pulak Jamero!
Mak:   Yelah, Amin tu kan bawak “Jamero”!
Anak:  Bukanlah mak, itu “Pajero”
Mak :  Ah, Samalah tu “Jamero” ke “Pajero’ ke
Anak:  Suka hatilah (Tergelak)

 --------------------------------------------------------------
Me :   Jamero (Ha Ha Ha)   Makcik2 kalau yang ni Pajero ye!!

(Tq cik google!)

1 comment:

Mummydearie said...

Jamero pun Jamerolah, janji hati makcik happy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...