Tabung Masa Depan ...

Friday, April 13, 2012

Kisah Lucu - Sumpit & Supik

Ini satu lagi kisah waktu balik bercuti  ke kampung suami di Kelantan. Waktu itu musim buah-buahan.  Dan biasalah waktu2 macam itu memang sibuklah ayah mentua  mengait buah-buahan untuk kami semua makan dan sama-sama  merasa. Oleh kerana dah terlalu banyak, beliaupun bercadang untuk memberikan sedikit kepada jiran2 terdekat. 

Ayah  :   Along pergi dalam ambik "Supik"!
Alg    :   (Melilau-liau mencari Sumpit) Mana  Tok Ayah letak ?
Ayah  :   Ada kat dalam, banyak  “Supik” kat dapur tu. Ambik dua tiga bawak sini...
Alg    :   Mana ada Sumpit dalam rumah ni. (Terus mencari2 sambil garu kepala)
Alg    :   Tak jumpalah! Mana Sumpit tu?
Cousin:  Eh, Tok Ayah suh ambik ‘Supik” tu plastik (dalam bahasa Kelantan) bukannyer Sumpit.
Alg   :    Oh, ingatkan suruh ambik Sumpit.  Manalah tau “Supik’ tu plastik!
Ayah :    Buat apalah  nak ambik Sumpit tu.... Ambik buah kan guna galah tak pakai sumpit2 dah!.

Ha Ha Ha. Semua ketawa.  Sumpit or Supik. Dekat2 ja bunyi dio dok! Kalu nok cari sumpit mace bawoh ni gak, meme sapa subuh tok jupo lah...............

                                                                 (ehsan google)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...