Tabung Masa Depan ...

Friday, April 20, 2012

KISAH MISTERI Jalanraya Misteri

Salam Jumaat semua! Ini satu cerita yang berlaku pada hari Jumaat juga................

Cerita ni benar-benar terjadi. Dan kami sekeluarga  telah mengalaminya sendiri.  Ianya terjadi hampir 2 tahun yang lalu.  Waktu itu kami sekeluarga dalam perjalanan untuk percutian beberapa hari ke Port Dickson sempena cuti sekolah.  Mulanya kami bercadang menggunakan PLUS Highway tapi entah kenapa tergerak pulak hati nak cuba guna Highway LEKAS.  Saja2 nak cuba jalan baru cadangnya.

Perjalanan pada mulanya berkeadaan biasa saje.  Cuacapun cantik dan amat baik. Tetapi entah bagaimana, tiba-tiba bila sampai saja di satu kawasan, kereta kami seperti memasuki satu kawasan lain yang amat gelap, kelam, hitam pekat dengan hujan lebat yang turun secara tiba2 dan percayalah waktu itu kami langsung tidak nampak apa-apa.  Kami juga tidak tahu sama ada terdapat apa2 kenderaan di hadapan belakang mahupun bersebelahan kami. Suami terus menyalakan lampu kereta dan kami waktu itu hanya mampu berserah saja.  Saya terkumat-kamit membaca ayat2 suci Al-Quran dan mujurlah dalam kereta ada saya bawa Surah Yassin.  Anak2 dah mula risau tapi tidak saya pedulikan, dan saya teruskan membaca ayat2 suci Al-Quran.  Mujurlah beberapa ketika keadaan kembali reda dan tiba2 kami keluar dari kegelapan tersebut dan berada di jalanraya  yang terang bercahaya.  Peristiwa yang tersebut benar2 aneh buat kami.  Bagaimanapun, kami bersyukur kerana bernasib baik dan tidak ada perkara2 buruk yang terjadi kepada kami sekeluarga.  Kalau tidak, entahlah!

Kata orang, mungkin ketika kami lalu, ada "benda" lain yang juga sedang lalu atau sedang "kencing" ataupun kawasan itu sememangnya benar2 keras.  Baru2 ini sewaktu satu majlis kenduri, ada seorang saudara saya yang menceritakan pengalaman abangnya sendiri, yang lebih kurang sama dengan apa yang kami alami tetapi, beliau telah mengalami kecelakaan akibat peristiwa itu. Tempatnya juga sama di Highway LEKAS. Lokasi yang tepat, saya sendiri tak berapa ingat!  Mungkin cerita begini berlaku di mana-mana jalan pun bukan di sini saja. Jadi kita mesti sentiasa berhati2 dan bersedia andai berlaku perkara2 seperti ini!
(ehsan google)
Sehingga ke hari ini, kami masih tidak dapat memastikan apa sebenarnya yang berlaku dan ianya masih terus menjadi misteri yang tidak dapat dirungkaikan hingga kini. Jadi dimana jua kita berada, berhati2 semasa pemanduan ye!. Wallahua'lam.............

1 comment:

paridah said...

eee seramnya...kak tak pernah alami keanehan yg misteri bgini sntiasa mohon kpd ALLAH agar dprmudahkn semua urusan sebelum mulakn prjalanan...buat solat sunat israk dulu KA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...