Tabung Masa Depan ...

Friday, April 06, 2012

KISAH SERAM Lembaga dan Ikan Puyu

Cerita ni diceritakan oleh arwah abah saya waktu saya kecil-kecil dulu. Dulu-dulukan kampung-kampung masih lagi hutan belantara dan jarak antara satu rumah ke rumah yang lain agak jauh.  Ceritanya macam ini.  Ada sepasang suami isteri yang tinggal jauh dari rumah orang-orang kampung yang lain.  Si suami hanya bekerja kampung, manakala isteri surirumah sepenuh masa.  Nak dikatakan rezeki si isteripun hamil.  Oleh kerana suami selalu tiada di rumah dan mengenangkan keadaan isterinya yang berbadan dua dia meletakkan beberapa ekor ikan puyu dalam botol dan diletakkan di dalam rumah. Kata orang tua-tua elok membela ikan ini untuk menyelakkan gangguan selain kita berserah dan memohon perlindungan daripada Allah swt. Ikan puyu dikatakan boleh menghalang gangguan makhluk halus dan mematikan sihir.

                          (photo google)
Dari bulan ke bulan kandungan si isteri pun mencapai 9 bulan 10 hari.  Satu malam tiba-tiba isteri mengadu sakit perut dan memberitahu suami bahawa sudah sampai masa untuk dia melahirkan.  Suamipun terus bergegas dan mencapai lampu suluh untuk memanggil bidan.  Sebelum pergi, dia berpesan kepada isteri agar sentiasa membaca surah2 lazim dan meletakkan Al-Quran dan ikan puyu yang diletakan didalam botol di sisi isterinya.  Tak lama kemudian, isteri yang kesakitan terdengar ketukan pintu tanpa salam.  Siapa tu? Tanya beliau.  Aku ni Mak Bidan.  Masuklah saya kat dalam bilik ini, jawab beliau.  Tiba-tiba si isteri terasa seperti ada hembusan angin yang menerpa masuk dan alangkah terkejutnyer beliau apabila melihat dihadapannya suatu lembaga menyeringai ke arah beliau. Lembaga itu seperti perempuan tua yang memakai baju kotor serba putih dengan rambut panjang mengerbang dan berkuku tajam. Segera dicapainyer Al-Quran yang memang ada disisinya dan memeluknya erat2.  Apabila lembaga tersebut cuba untuk menyentuh badannya dia menepis dengan menggunakan Al-Quran tersebut.  Peluh menitik-nitik di badan beliau.  Lembaga itu tidak berputus asa dan terus mencuba lagi sambil mengilai-ngilai.. Tiba-tiba  salah seekor ikan puyu yang ada dalam botol disisi beliau melompat kuat dan masuk ke dalam mulut lembaga tersebut.  Lembaga itu menjerit nyaring dan terus terbang keluar bak ribut dari bilik tersebut. Si isteri terus memeluk kitab Al-Quran dengan lebih kuat sambil menahan kesakitan dan dalam keadaan ketakutan yang teramat sangat.

Seketika kemudian,  si suami pun tiba bersama Mak Bidan.  Mak Bidan yang terkejut meihat keadaan isteri beliau terus memberikan sedikit air penawar untuk memulihkan semangatnya.  Isteri kamu ni kena gangguan, kata bidan tersebut. Alhamdulillah, tak lama kemudian, si isteri selamat melahirkan anak.  Beliau terus menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya tadi kepada suami dan Mak Bidan.
 
Tak taulah kebenaran cerita ini. Tapi ia disampaikan dari mulut kemulut.  Apapun, memang saya ada dengar tentang nasihat orang tua-tua agar membela ikan puyu untuk mengelakkan gangguan seperti ini ataupun sihir-sihir.  Wallahua’lam.

4 comments:

cik_sue said...

Memang dah jadi kepercayaan tok nenek moyang kita yg percaya membela ikan puyu ni boleh menjaga penghuni rumah daripada perkara-perkara yang tak elok,kan..

Mak saya pun bela gak seekor.

Shuaib Hamzah said...

memang dh jadi kepercayaan org dulu2...nk halau ganguan..dulu kt depan pintu umah saya ..di gantungkan ikan puyu yg dh mati.ikan puyu kalau di buat pekasam,,sedap la..

Shuaib Hamzah said...

ikan puyu ,,kalau di pekasam ,sedap.

Onedpabloo Dpabloo said...

Saya mangsa santau. ..setiap kali membaca Al Quran di rumah ikan puyu yg saya bela 2 ekor akan melompat dan menghempas badan pd akurium.
Subhanallah. ..saya x tau apa ikan tu nampak dan rasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...