Tabung Masa Depan ...

Thursday, April 12, 2012

KISAH SERAM Misteri Di Hospital Bersalin

Cerita ini sebenarnya dah agak lama juga dan berlaku di salah sebuah hospital swasta di ibu kota.  Waktu itu, saya berada di hospital selepas melahirkan anak.  Oleh kerana bayi saya di letakkan di wad yang berasingan kerana ada pendarahan  jadi bila waktu malam saya selalu ambil peluang untuk keluar berjalan-jalan atau ke wad bayi untuk melihat keadaannya. Dalam pada itu, kadang-kala saya lihat ramai juga ibu2 yang keluar ke lobi atau ke arah wad bayi waktu malam2 begitu walaupun keadaan ketika itu agak sunyi.
Sehinggalah  satu hari, seorang  ‘Sister’ telah menegur saya dan menasihatkan saya agar jangan selalu keluar dari wad apatah bila waktu2 tengah malam.  Bila di tanya kenapa, sebab saya bagitahu beliau yang saya selalu nampak ramai orang berlegar-legar di luar wad  setiap kali saya ke bilik wad bayi.  Sambil menghela nafas panjang,  beliau memberitahu kadang-kala apa yang kita lihat itu, bukan apa sebenarnya seperti yang kita fikirkan.  Sambil itu dia memberitahu saya bahawa, sebenarnya di tingkat yang saya duduk sekarang ini cuma tinggal beberapa orang pesakit saja dan kebanyakkannya terpaksa menjalani pembedahan dan tidak mungkin mereka akan keluar berjalan-jalan dari wad mereka seperti yang saya katakan.
Serta-merta peluh dingin  menerpa.  Saya rasa seram sejuk.  “Sister” tersebut terus bercerita bahawa sebelum ini ada juga perkara-perkara ganjil yang berlaku.  Contohnya, ada satu hari beliau ingin ke tandas dan meminta seorang jururawat mengambil alih untuk memantau tugas beliau sebentar.  Tetapi alangkah terkejutnya beliau apabila tiba saja di tandas dia ternampak jururawat tersebut berada betul2 di pintu salah sebuah tandas.  Beliau terus bertanyakan jururawat itu apa yang dibuatnya disitu.  Tetapi beliau diam dan tidak langsung menjawab dan dengan mata yang seakan merah dan merengus terus menuju masuk ke dalam salah sebuah tandas di situ.  Tiba-tiba “Sister” tersebut seakan terdengar suara seperti orang sedang menghisap sesuatu dari dalam tandas tersebut.  Rasa tidak sedap hati, beliau terus berlari keluar dan sekali lagi beliau terperanjat apabila melihat jururawat tadi berada di kaunter dan sedang berbual dengan seorang jururawat yang lain.
Beliau terus memarahi jururawat itu kerana tidak mengikut arahan beliau.  Yang anehnya, jururawat itu berkata dia tidak kemana-mana dan hanya duduk disitu sambil berbual  sementara menanti  “Sister” itu ke tandas sebentar.  Jadi siapakah yang ditemui oleh “Sister’ itu sewaktu di tandas tadi??. Oleh kerana itu, beliau menasihatkan saya agar duduk saja di dalam wad dan kalau perlukan apa-apa panggil saya jururawat yang bertugas. Saya terus terdiam mendengar cerita beliau. Malam itu saya tidak dapat melelapkan mata dan tidur dalam keadaan lampu terpasang hingga ke pagi. Rasa takut itu datang tiba2 walaupun sebelum itu saya tidak punya perasaan sebegitu.
Sejak itu saya tidak lagi keluar waktu tengah-tengah malam dari wad saya mahupun pergi ke wad bayi melihat anak saya hinggalah saya keluar dari hospital beberapa hari kemudian.  Teringat pula cerita seorang lagi jururawat yang bertugas, kalau  adanya kematian di situ, pintu pagar yang menghala ke bilik mayat akan terbuka dengan sendirinya tepat jam 12.00 tengahari.  Itu tandanya akan ada orang yang akan meninggal hari tu. Wallahua’lam.

6 comments:

Anonymous said...

hospital kajang tu

Kesuma Angsana said...

Tak... ini slh sebuah hospital swasta ternama di ibukota tpi kat hospital kajang pun ade citer misteri juga nnti2 share ye!

atoktua said...

sebenarnya alam misteri ujud bila kita fikirkannya,alam yg penghuninya malu dan tak mahu kongsi dgn manusia. itulah alam makhluk halus,yg sentiasa berdamping keliling kita 24/7. percaya alam mereka ujud cuma ignorenya adalah terbaik.jangan biar hidup diselubungi misteri.....bak kata bidalan,hitam gagak bukan kerna kena cat tapi memang hitam ori..alamak!ada kaitan ke bidalan ni..biasalah pengaruh media,kena ignore ni

Kesuma Angsana said...

wah klas comment nyer tu!

paktua said...

ok la, paktua tau hospital TS kan, saje paktua nak meriahkan KA, dah tua2 ni kacau web aje. teruskan gatal tangan anda, paktua follow bila ada org belanja duit cc, duit pencen takleh pakai nanti maktua odit mati dikerjakannya

Kesuma Angsana said...

wei mana tau nih!. kenal2kan lah diri, boleh kita follow menfollow blog, neway tq sibggah yek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...