Tabung Masa Depan ...

Friday, April 13, 2012

KISAH SERAM Lembaga Wanita Aneh

Cerita ni diceritakan oleh salah seorang makcik saya.  Beliau telah membeli sebuah rumah baru betul2 di pinggir kota.  Tujuannya agar senang dan memudahkan kerana lokasinya berdekatan dengan tempat beliau dan suami bekerja.  Mula2 bila duduk di situ, beliau agak perasan juga yang kadang2 macam ada kedengaran suara orang memanggil di luar dan terkadang-kadang beliau perasan ada orang yang berada atau berdiri di luar tingkap dapur waktu dia sibuk2 memasak terutama pada waktu2 malam. Tapi dia buat tak tahu ajelah sebab waktu itu suami dan anak2 ada di rumah bersama.

Hinggalah pada satu malam, anak2 beliau turut sama mengikut suaminya ke kedai untuk membeli sedikit barangan sementara dia tinggal seorang di rumah menyiapkan makan malam. Kebetulan pula waktu itu hujan mulai turun. Beliau bergegas untuk menutup tingkap dapur yang sengaja dibuka agar lebih selesa waktu memasak.  Alangkah terkejutnya beliau, apabila melihat seakan-akan ada orang yang berdiri betul2 di sebalik langsir tingkap.  Perlahan-lahan beliau cuba menyelakkan langsir tingkap tersebut untuk memastikan memang benar2 ada orang yang berdiri di situ atau mungkin perasaan beliau sahaja.  Ya, Allah! Bila langsir terselak apa yang berdiri di hadapan beliau adalah satu lembaga perempuan berambut putih panjang, bermata merah dan berwajah hodoh tepat memandang ke arah beliau. Selepas itu makcik saya tidak ingat apa-apa lagi. Beliau terus terjelepuk pengsan!

Bila sedar, beliau sudahpun berada di dalam bilik dan dikelilingi oleh suami dan anak2.  Menurut cerita suami beliau, mereka menjumpainya pengsan di dapur betul2 di hadapan tingkap.  Makcik saya terus menceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Suami beliau kurang mempercayainya pada mulanya, tetapi apabila makcik saya demam panas berpanjangan walaupun telah berjumpa doktor, suami beliau pun mula beralah. Atas nasihat kawan2 dan saudara-mara, mereka telah memanggil seorang Ustaz untuk melihat keadaan dan kawasan persekitaran rumah.
(Fr. Google - percaya tak waktu nak upload gambar ni tetiba xleh nampak gambar dia.. scary nyer)
Menurut orang2 yang lama tinggal disitu, tapak rumah makcik saya dulu merupakan tapak perkuburan orang-orang cina dan telah dipindahkan agak jauh kedalam untuk projek perumahan baru. Walau bagaimanapun, mereka percaya ia masih menjadi lagi laluan utama bagi 'makhluk'2  itu.  Dengan izin Allah s.w.t dan usaha dari Ustaz tersebut berjaya mengalihkan laluan "Makhluk" yang tersebut ke arah laluan yang lain dan tidak mengganggu kawasan perumahan tersebut. Alhamdullillah, selepas itu tidak ada lagi perkara2 yang aneh terjadi dan makcik sayapun telah mengadakan majlis bacaan yassin sebagai tanda bersyukur kerana dijauhkan dari perkara2 yang lebih buruk. Sekarang, mereka sekeluarga pun telah berpindah ke rumah yang lain dan cerita rumah lama itu senyap begitu saja.
Wallahua'lam.

Lepas baca cerita ni, jangan takut pulak nak gi toilet malam ni ye ! He He He He He Heeeeeeeeeeeeee

3 comments:

petrasis1 said...

citer betul ke ni... ish2.. syukur la sy tak pernah tengok benda2 gitu..

Kesuma Angsana said...

Citer kat sini semua either pengalaman sendiri or dari citer yg disampaikan kpd saya sendiri. Wallahua'lam. Neway tq for reading yer!

Nurfara Hani said...

ngeri kan kalaw jumpe bnde2 cmtu. mintak dijauhkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...