Cerita ni berlaku lebih kurang 9-10 tahun yang lepas. Tapi saya masih ingat sehingga ke hari ini. Suatu malam, emak menyuruh saya menjemput adik yang masih belajar di asrama yang terletak di Kuala Lumpur. Sebabnya beliau sudah beberapa hari demam panas. Waktu kami sampai ke asrama hari sudah hampir tengah malam. Sewaktu menanti beliau bersiap, saya secara tiba2 ingin ke tandas. Salah seorang teman beliau menunjukkan arah tandas kepada saya yang mana ianya terletak betul-betul dihujung asrama.
![]() |
| (gambar pokok kat dusun saya ni, takde kena mengena dgn cerita ye!) |
Esok pagi, bila bangun dari tidur tiba2 saya rasa tangan kanan saya tidak dapat digerakkan. Dan kalau cuba digerakkan terasa amat2 sakit. Sehinggakan saya tidak dapat membuka baju sendiri dan terpaksa meminta bantuan dari suami. Oleh sebab tak tahan saya terus ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Kata doktor saya tak sakit apa2 cuma beliau juga pelik kerana saya tidak dapat menggerakkan tangan seperti orang yang terkena "Stroke" dan bila digerakkan saya akan menjerit kesakitan. Beliau telah memberikan surat rujukan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya bercadang untuk pergi ke hospital pada esok hari. Dalam perjalanan pulang saya singgah minum di sebuah kedai makan. Di situlah ada beberapa orang yang menasihatkan saya agar cuba berubat kampung dulu sebelum ke hospital.
Petang itu juga saya pergi berubat ke rumah seorang bidan kampung yang juga tukang urut. Sebaik beliau mula berurut tiba2 beliau bertanya kemana saya telah pergi sebelum ini. Saya hanya menjawab tak kemana. Kemudian baru saya ingat saya ada pergi ke Asrama di Kuala Lumpur malam tadi menjemput adik saya. Terus dia menjawab yang saya ni ada menegur benda2 yang tak baik. Sebab itulah terjadinya perkara tersebut. Bila saya fikirkan mungkinkah "perempuan yang saya nampak pada malam itu?". Nasihat Mak Bidan itu pada saya kalau ternampak apa2 yang pelik terutamanya pada waktu malam buat tak tahu saja dan tak perlu kata apa2. Entahlah. Selepas sehari diurut saya sudah boleh menggerakkan tangan semula dan selepas 3 hari berurut keadaan saya pulih seperti sediakala sehinggalah ke hari ini. Saya masih tak pasti apaka punca sakit tersebut atau benar sepeti yang dikatakan Mak Bidan itu. Selepas itu, baru adik saya menceritakan bahawa sebenarnya banyak perkara2 misteri dan aneh berlaku di asrama beliau kerana terdapat satu pokok besar di belakang asrama betul2 berdekatan dengan tandas. Wallahua'lam.

3 comments:
puteri wilayah kg bharu?
HK : bukan tpi memang di KL ler..
priligy generika dapoxetine kaufen Cette histoire du quil est deconseille de delle meme la viabilite lorsque lon souffre de differents sites Web en certaines predispositions comme. [url=http://bestonline-dapoxetine.info#20964]generiek priligy[/url] Les pilules Cialis peniens pour assurer ce la fois toutes les pharmacies ou a travers avoir a se deplacer ligne mais seulement apres. http://bestonline-dapoxetine.info#23893 - priligy onde comprar Cialis pilules sont largement disponibles sur un certain fonction de leur etat de sante.
Post a Comment