Tabung Masa Depan ...

Wednesday, April 25, 2012

KISAH SERAM Penumpang Misteri

Cerita ni saya dengar dari cerita orang.  Berlaku tak lama dulu.  Kawasan ini ramai pekerja-pekerja kilang yang bekerja mengikut shif.  Kadang-kala pemandu bas terpaksa menghantar mereka balik ke rumah selepas waktu tengah malam dan balik semula ke rumah mereka selepas itu.

Satu hari ada seorang pemandu bas ni, yang dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba2 dia terlihat ada seorang yang perempuan berdiri di simpang jalan dan menahan basnya.  Dalam hati beliau tertanya-tanya siapakah gerangan perempuan yang berani keluar malam2 begini.  Pada mulanya beliau enggan memberhentikan bas beliau akan tetapi bas beliau seakan bergerak perlahan-lahan dan berhenti betul2 di depan perempuan itu.  Perempuan itu bertudung putih dan sentiasa menundukkan mukanya. 

Nak tumpang ke?.  Tanya pemandu itu. Perempuan itu hanya menganggukkan kepalanya.  Perempuan itu terus naik dan duduk di kerusi paling belakang dalam bas itu.  Pemandu bas hanya mendiamkan diri sahaja. Dia sebenarnya nak bertanya dimana perempuan itu hendak turun nanti. Tetapi pertanyaan itu seakan-akan tidak boleh keluar dari mulutnya. Dari dalam cermin dia mencuri pandang wajah perempuan itu tetapi perempuan itu hanya menundukkan wajannya.  Hinggalah apabila sampai di satu kawasan perkuburan tiba2 bas beliau berhenti dan tidak boleh digerakkan lagi.  Puas ditekan2 pedal minyak tapi bas tetap tidak bergerak. Pemandu bas itu ketakutan sebab bas itu sekarang berhenti betul2 di tanah perkuburan. Yang dia nampak hanya putih batu2 nisan yang terpacak. Perempuan itu tiba2 turun dan terus hilang begitu saja dari pandangan beliau.  Apalagi pemandu bas itu terus memecut bas beliau sampai ke rumah. Sampai di rumah beliau terus terjun dari bas dan berlari ke dalam rumah. Kecut dia dibuatnya!

Keesokan harinya sewaktu hendak ke tempat kerja, beliau terkejut kerana ada kuntuman bunga ros kering yang diletakkan di tempat duduk pemandu bas beliau. Siapakah yang meletakkan bunga itu?

Beliau kemudiannya, menceritakan peristiwa itu kepada rakan-rakan sekerja.  Ada di antaranya yang mengatakan mungkin bunga itu tanda terima kasih perempuan itu kerana sudi menumpangkannya.  Yang pasti hingga kini, tidak ada sesiapa yang tahu siapa perempuan itu sebenarnya.  Wallahua'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...