Tabung Masa Depan ...

Sunday, April 29, 2012

KISAH SERAM Langsuir

Tahu tak  nama pokok kat atas tu?  Ada orang kata pokok langsuir.  Betul ke? Kata orang lagi, kalau ada pokok ni, adalah langsuir kat situ. Entahlah, masih tak tahu kebenarannya.  Tapi ada satu cerita yang saya pernah dengar dari mulut orang lain yang katanya benar2 berlaku.

Ada seorang budak muda yang bekerja dengan satu Majlis Perbandaran.  So antara kerja2 beliau termasuklah memotong pokok2 besar atau menebang sekiranya perlu.  Satu hari, beliau telah diarahkan untuk menebang satu pokok besar di satu kawasan yang ingin dimajukan.  Puas dia berusaha namun pokok besar itu sedikitpun tidak tumbang.  Oleh kerana hari telah beransur petang, dan pokok itu tidak menampakkan tanda2 akan tumbang, beliau telah memberhentikan kerja2 penebangan dan bercadang untuk meneruskannya semula esok. Pelik juga kerana biasanya walau sebesar manapun pokok dapat ditebang dalam masa yang singkat sahaja.  Kebetulan pula, waktu itu hujan renyai2 mulai turun. Dalam perjalanan pulang, beliau dapat merasakan seolah2 ada sesuatu yang mengekori beliau.  Tapi dia buat tidak tahu sahaja.  Malamnya sewaktu hendak menutup tingkap rumah, dia terlihat seakan2 ada bola api yang merah terbang ke arah beliau.  Cepat2 beliau kuncikan selak tingkap dan terus masuk tidur.  Pagi esoknya, beliau tiba2 diserang demam panas..  

Walaupun telah dibawa ke klinik, panas dan demam masih tidak juga kebah.  Sebaliknya beliau mula meracau2 dan bercakap yang bukan2.  Atas nasihat ramai, seorang Ustaz telah dipanggil untuk memulihkan beliau.  Sewaktu Ustaz itu membacakan ayat2 suci Al-Quran, tiba2 beliau yang tidur bingkas bangun memandang tepat ke arah Ustaz sambil berkata " Jangan kacau aku!".  Semua yang ada terpaku melihat situasi itu.  Ustaz itu kelihatan tenang sambil terus membacakan ayat suci Al-Quran.  Tiba2 tingkap bilik terbuka dengan sendiri dan berdiri satu lembaga seolah2 seperti wanita dan matanya merah menyala.  Dia cuba menghampiri Ustaz tersebu,t tetapi usahanya sia2 belaka.  Setelah lama mencuba dan gagal, lembaga itu terus terbang keluar dan hilang dari pandangan.    Ustaz perlahan2 memberhentikan pembacaannya.  

Sambil memanggil kedua ibu bapa budak muda itu, beliau menerangkan bahawa budak muda itu telah cuba menebang pokok yang menjadi tempat bagi "Lembaga" yang tersebut.  Oleh kerana itulah "Lembaga" itu marah dan mengganggu.  Dia memberikan sedikit air yang telah dibacakan dengan ayat2 suci kepada budak muda tersebut. Di pokok itu sebenarnya, ada pokok langsuir yang menjadi tempat tinggal 'lembaga' itu kata Ustaz itu lagi.

Dua hari kemudian, Ustaz itu mengajak beberapa orang, untuk menemani beliau ke kawasan di mana pokok itu terletak.  Dengan memulakan dengan bacaan bismillah, beliau kemudian menyuruh  dua orang pemuda menebang pokok yang tersebut.  Kali ini kerjanya cukup mudah. Yang peliknya sebaik saja pokok itu tumbang, ia terbakar sendiri secara tiba2!

Itu cerita oranglah.  Sebab tu orang tua2 tak berapa gemar kalau kat rumah ada pokok ni.  Tapi apa yang saya tengok sekarang, Pokok Langsuir ni menjadi rebutan dan kegemaran ramai utuk diletakkan di kawasan rumah sebagai salah satu lanskap halaman yang cantik dan indah! 
Wallahua'lam..............




1 comment:

Nurfara Hani said...

tengok banyak rumah ade pokok tu,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...