Tabung Masa Depan ...

Wednesday, April 11, 2012

Nukilanku - MATAHARI

                                   (Foto taken by my bongsu daughter,  tq n luv u)

Sinar  yang kau beri
Terkadang mengundang resah di hati
Terik yang kau pancarkan
Terkadang menerbit risau tak bertepi

Cuba kuhalangi
Dari  bahangmu menerpa pipi
Namun tak daya ku tepis
Cahayamu untuk terus menerangi

Ternyata...
Dikau kucari kala senja tiba
Dan benarlah...
Dikau kucari kala malam mula bertandang
Kerana sesungguhnya
Aku perlukan kamu
Untuk menerangi segenap dunia hidupku

Matahari,
Sedarkan aku
Bahawa bila malam kelam  
Atau tika hujan merembas kencang
Engkau jua yang ku cari-cari
Di sebalik awan yang tinggi! 

By : Kesuma Angsana

1 comment:

C'Jai said...

Sayu plak tengok matahari petang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...