Tabung Masa Depan ...

Wednesday, April 18, 2012

Pendaftaran Murid Darjah 1 di Malaysia Tahun 2013 - 2014 UPDATE

Ini untuk makluman yang masih tak tahu. Terutamanya bagi yang tinggal di Negeri Selangor. Rasanya negeri2 lain pun dah ada yang mulakan sistem pendaftaran online ni. Dan Putrajaya khabarnya pun pendaftaran secara online juga.  Tapi ini tentang sistem pendaftaran murid darjah satu bagi Negeri Selangor yang perlu dibuat secara online.   Bagi yang lahir tahun 2006–2007. Ramai sangat yang bertanya2 pada saya caranya.  (Alamak den bukannyer guru besar!) So, sedikit panduan untuk semua. "Font" saja buat besar, senang nak faham sikit! HeHeHe

Proses pendaftaran secara Online:-

 
Buka laman web rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/ untuk menghantar maklumat peribadi anak anda dari tarikh 1 Mac 2012 sehingga 30 April 2012 (Rasanya sekolah2 pun ada letak banner dan pengumuman ini.
Cari pautan untuk Pendaftaran Tahun 1 (2013 – 2014). Nanti akan keluar ini.






Pastikan anda telah membaca ‘PENGENALAN SISTEM‘ dan ‘TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN‘ dan fahamkan betul2 sebelum membuat  pendaftaran. Baca semua maklumat yang diperlukan untuk mengelakkan kesalahan.  Kalau dah faham tu,  bolehlah teruskan pendaftaran menggunakan ‘Borang Permohonan ONLINE‘ untuk mendaftar secara online.

Lepas semuanya siap, lihat keputusan penempatan yang diumumkan dengan melawat ‘SEMAKAN STATUS PENEMPATAN MURID‘.  Taip saja nombor MyKid anak anda untuk semakan. Dan jangan lupa cetak borang pendaftaran yang tersebut untuk dihantar ke sekolah dimana anda memohon anak anda ditempatkan.

Selepas itu anda perlu ke sekolah yang dipohon dengan membawa dokumen  yang diperlukan .  Bawa yang asli dan juga salinan.
  1. Cetakan  borang pendaftaran online;
  2. Bil Utiliti dengan alamat yang digunakan;
  3. Sijil kelahiran anak anda/Sijil Anak Angkat;
  4. Kad pengenalan anda (ayah dan ibu); dan
  5. Sijil perkahwinan/Surat Cerai.
Biasanya kerani sekolah akan semak dulu senarai dokumen yang dilampirkan.  Samada perlukan dokumen lain atau tidak.  Lepas itu pihak sekolah akan "chop"kan di belakang Sijil Kelahiran anak untuk pendaftaran beserta no. pinnya.. Apapun, saya dahpun daftarkan anak yang bongsu tu, lama dah tahun lepas, cuma menunggu untuk pengesahan 1 – 30 Ogos 2012 ini.  Anda bagaimana??.  (Pada yang dah daftar tu boleh bagi komen, manalah tau ada info2 lain atau ada kesalahan2 pada info di atas). Apapun, ini hanyalah sebagai garis panduan sahaja  Anda boleh semak sendiri ke laman web yang tersebut atau hubungi sekolah di mana anak anda ingin didaftarkan.

Kalau belum daftar lagi, segerakanlah  kerana pelajaran itu sangat2 penting demi masa depan anak2 kita!

 

Update  Dari Kosmo 2/3/2014

Permohonan penempatan murid Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2015 dan 2016 kini mula dibuka kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak tersebut dan akan berakhir pada 31 Mac ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Hashim Mohd. Zin berkata, semua permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal dua tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolah bagi mereka yang lahir dari 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009 bagi sesi persekolahan 2015.

"Manakala kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 pula boleh mendaftar untuk sesi persekolahan tahun 2016.

"Dokumen yang perlu dibawa bersama oleh ibu bapa atau penjaga ialah sijil lahir kanak-kanak (salinan asal dan salinan fotostat) dan bil elektrik, air atau telefon sebagai bukti tempat tinggal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bagi permohonan penempatan kanak-kanak cacat penglihatan, pendengaran dan terencat akal yang ringan (masalah pembelajaran), mereka perlu menjalani pemeriksaan doktor sebelum didaftarkan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...