Rasanya dalam seminggu dua ini kecoh betul satu Malaysia tentang isu Zahida Rafik yang dikatakan telah menjadi isteri kepada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Menteri tersebut sudahpun membuat penafiannya sebelum ini. Cerita itu berikutan satu lapuran polis yang dibuat Zahida Rafik, terhadap pemandu beliau mengenai kehilangan wang yang sepatutnya dimasukkan kedalam akaun bank beliau. Ini pulak penafian sendiri yang telah dibuat oleh Zahida Rafik. Baca je kat kosmo online.
Saya bukan isteri menteri – Zahida
![]() |
|
|
KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan
sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga
dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan
dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.
Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu,
Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak
kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah
semata-mata.
“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie)
ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau
secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.
“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga
dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo.
Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada
kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran
aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.
Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan
kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan
politik.
Hurm.... entahlah, kalau tanya kat saya, standardlah jawapan artis..... Akak....No Komen gitu!

2 comments:
hi salam kenal.. terima kasih sudi lawat blog saya.. best gak blog ni, byk info ... mark for the next visit
Tq slm kenal juga.. pas ni boleh lah kita singgah menyinggah smbil kongsi info dn ilmu yer... happy mother's day utk u ye (in advance hu hu hu)
Post a Comment