Tabung Masa Depan ...

Sunday, April 29, 2012

Peribahasa Melayu

Kata orang, "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Maksudnya, kalau takut atau tak berani berhadapan dengan penderitaan dan masalah, lebih baik  jangan melakukan sesuatu yang sukar dan susah.  Begitulah, kayanya orang2 melayu kita dengan peribahasa yang masih terus digunakan sehingga ke hari ini. Tapi sekarang ni selepas peristiwa Tsunami dulu, ramai  yang dah tak berani nak buat rumah tepi2 pantai ni kan.  Saya ni pulak hanya jumpa pantai bila ada vacation dengan family.  Kalau tidak, rupa pantai memang tak nampaklah. 

Cuma satu jer,  kita harus sentiasa memastikan kebersihan dan kecantikan  pantai2 di negara kita ini.  Pastikan kita tidak membuang sampah2 ke dalam laut apatah, lagi benda2 yang boleh membahayakan seperti kaca dan tin.  (Experienced before) dan menyaksikan sendiri.  Sebab tulah sampai sekarang saya tak takut2 nak mandi laut. Sayangilah pantai kita mungkin bukan untuk diri kita saja, tapi untuk generasi2 akan datang! (Sekurang2 nya dia orang  tahulah yang swimming pool tu bukan 'beach'!. Hu Hu Hu)
 @ Port Dickson Beach



Weh.... tetiba lak teringin nak ke Beach ni! Jom kita......Dengar2 ade orang tengah bercuti kat Avillion Port Dickson sehari dua ni ! Syok nyer.................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...