Pernah dengar tak tentang penyakit ITP ni. My daughter has been diagnosis with this at the age of 11 months+. And she was then celebrate her 1 year birthday @ hospital with me. Even sekarang dah ok, after few years kena buat follow up, but still have to monitor her closely until now. Just bawa dia to see doctor recently bila notice a blue black kat kaki dia. Syukur takde apa2. First time waktu kena dulu, habis satu badan ada lebam dan bengkak2 serta pendarahan di gusi, kepala, dalam mulut serta ada macam bintik2 merah di badan. Ianya terjadi dalam masa 2 - 3 hari je. Ingat dia jatuh ke or kena denggi ke apa, tapi bila ke klinik terus dirujuk hospital and after full check-up by doktor pakar baru confirmed kata ITP. Menurut doktor it's a very rare case sebenarnya! Dan hampir2 air sum2 tulangnya diambil untuk pemeriksaan terperinci. Share with you this information. Sharing is caringkan...........bacalah.
Purpura Trombositopenia Idiopatik (ITP)
ITP atau idiopathic thrombocytopenic purpura adalah penyakit kekurangan
platelet yang disebabkan faktor-faktor yang masih belum diketahui. Ia di
bahagikan kepada dua klasifikasi; akut iaitu jika sembuh dalam jangka 6
bulan dan kronik jika penyakit berterusan selama 6 bulan atau lebih.
Penyakit ini berpunca daripada kekurangan sel platelet didalam darah
yang berfungsi membantu pembekuan darah. Sebab-sebab berlakunya keadaan
ini adalah kehadiran antibodi anti-platelet yang di hasilkan dari limpa.
Antibodi anti-platelet ini ialah sejenis protein yang memusnahkan
platelet pesakit. Masih tidak di ketahui sebab-sebabnya, namun yang
nyata kebanyakan pesakit ada sejarah selsema dan jangkitan virus.
Pendarahan di hidung atau gigi namun kebanyakan pesakit hanya ada tanda-tanda lebam dan petekia di anggota badan.
Bilang sel platelet kurang daripada 15,000/ml. Kajian ke atas tulang
sum-sum (bone marrow examination) akan memastikan penyakit ITP. Leukemia
dan kegagalan sum-sum (bone marrow failure) hendaklah dibezakan
daripada ITP, dan ini hanya dapat dipastikan melalui pemeriksaan sum-sum
tulang. Kebanyakan pakar bidang penyakit darah dapat mengenali penyakit
ITP melalui sejarah dan rawatan pesakit tanpa perlu pemeriksaan sum-sum
tulang.
Komplikasi penyakit ini adalah pendarahan di otak yang berlaku dalam
kadar < 1% pesakit dan boleh berlaku bila-bila sahaja. Kajian
menunjukkan kemungkinan ini berlaku jika sel platelet kurang daripada
20,000. Namun kebanyakan pesakit tidak mengalami komplikasi ini walaupun
sel platelet kurang daripada 20,000.
Tidak ada masalah jangka panjang bagi pesakit ITP kecuali kemungkinan
berlakunya pendarahan di gusi mahupun di otak. Juga bagi seorang
perempuan ada kemungkinan darah haid yang lebih dari biasa. Kebanyakan
pesakit ITP akan pulih sediakala. Bagi pesakit yang di klasifikasi sebagai ITP akut, kebanyakan mereka
akan sembuh sepenuhnya. Namun ada juga yang berulang yang ditakrifkan
sebagai ‘relapse ITP’ yang biasanya berlaku pada pesakit kronik.
Ada kemungkinan antibodi dari ibu dipindahkan kepada bayi dan ini
akan menyebabkan sel-sel platelet berkurangan. Jika terlalu rendah, bayi
berisiko tinggi mengalami pendarahan. Walaubagaimanapun keadaan ini akan
pulih. Tidak ada umur yang tertentu bagi penyakit ini. Namun kajian mendapati ianya berlaku pada lingkungan umur 4 tahun.
Rawatan penyakit terpulang kepada samada berkomplikasi atau tidak. Bagi
kes biasa, perhatian dan nasihat di berikan. Bagi yang berkomplikasi,
tambahan darah di perlukan dan steroids, imunoglobulin atau pembedahan
membuang limpa mungkin perlu.
Prognosis ITP amat baik. ITP tidak merbahaya kecuali < 1% pesakit
yang menghadapi komplikasi. Namun demikian rawatan segera dan prihatin
oleh ibubapa di perlukan untuk mengawasi anak mereka.Yang penting, ibubapa pesakit harus diberitahu komplikasi seperti
pendarahan di otak (intracerebral bleed) yang mungkin berlaku dari
penyakit ini dan pesakit tidak digalakkan bermain secara kasar. Ada juga
pakar menasihatkan pesakit memakai topi keledar sekiranya ingin
menunggang basikal. Ibubapa harus prihatin dan membawa ke hospital jika
keadaan anak merunsingkan. Seperti pendarahan gusi dan lebam-lebam yang
berterusan, pening kepala, sawan dan melena (najis berdarah). Penyakit
ITP ini juga tidak berjangkit.
Boleh baca kat sini untuk info lanjut.
URL: http://mpaweb.org.my/article.php?aid=97

2 comments:
Tolong saya ceritakan lebih lanjut usaha anda semasa peyembuhan anak anda dari penyakit ITP ini. Terima kasih banyak2.Saya takut dan amat susah hati sekarang :(
Anak sy berusia 4 thn jg mengalami mslh yg sama. Wlpn pelbagai cr perubatan di jlnkan tetapi jumlah platelet msh di tahap rendah. Malah dia jg di ambil bond marrow. Dan kini di sahkan oleh dokter pakar sebagai ITP KRONIK. Seandainya tahu ada suplemen yg dpt mmbantu tolonglah kongsikan bersama.
Post a Comment