Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 17, 2012

Petua Cara Bersihkan Siput Sedut

Salam Pagi Selasa, another day for petua!

(Tq cik google)
Mesti ramai antara kita yang suka makan siput sedut ni kan.  Biasalah, kalau masak lomak cili api siput sodut ni memang sodap! Mentua lalu pun tak nampakkan. Cuma yang lecehnyer nak membersihkan siput-siput tu sebelum proses memasak dapat dilakukan. Kadang-kadang bila makan rasa lumpur dan seakan berpasirkan, betul tak?  Oklah.  Cara paling mudah adalah sehari sebelum nak dimasak siput2 tu, ambilkan hampas kelapa dan gaul2kan. Kemudian biarkan dahulu semalaman.  Esoknyer barulah  dipotong hujungnya dan bolehlah dimasak.  InsyaAllah segala selut, lumpur akan hilang .  Cubalah! Try buat hari ni, masak besok, kalau ada lobih, boleh hantar rumah sikit. He He He

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...