Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 10, 2012

Petua Ulser Mulut - Guna Garam

Cuaca panas seminggu dua ni ditambah dengan kurang pulak minum air suam.  Tetiba aje rasa pedih bila makan sambal tumis pucuk paku yang pedas tu! (Resepi campak2 ni nanti saya upload).   Bila check dalam cermin alamak ada ulser lak pulak ataupun orang panggil mata ikan tu. Tau tak apa tu. Ni ha, gambarnyer dari cik google.

Selalunyer saya sapukan dengan bonjela je!

(ehsan cik google)

Tapi kata orang tua-tua ubat paling baik dan mujarab sebenarnyer adalah dengan menggunakan garam.  Tenyeh je kuat2 kat ulser tu.  Memang pedih ya amatlah sampai nak menangis kadang2 tu.  Ataupun kalau tak tahan boleh kumur2 dengan air garam suam.  Ulser ni kadang2 boleh berlanjutan ke 10 hari or  sebulan tau. Let say,  tak baik2 juga eloklah jumpa En. Doctor tu. Takut2 itu tanda2 sakit yang lain.  Ok. saya nak pergi tenyeh dengan garam sikit.  Adoiiiiiiiiii lah!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...