Tabung Masa Depan ...

Thursday, April 12, 2012

Piala Suzuki AFF 2012

Kejuaraan Bola Sepak ASEAN (atau dalam Bahasa Enggeris: ASEAN Football Championship), sebelumnya adalah Piala Tiger (Tiger Cup), merupakan suatu kejuaraan bola sepak internasional antara negara-negara di kawasan rantau Asia Tenggara. Tournament ini diselenggarakan oleh Federal Bola Sepak ASEAN (AFF). Nama lama bagi kejuaraan ini berasal dari sponsornya iaitu perusahaan Tiger B**r. Pada 2007, nama kejuaraan ini menjadi Kejuaraan Bola Sepak ASEAN, dan pada 2008, bertukar lagi menjadi Piala Suzuki AFF.
 
Bagi tahun ini 2012, ianya dijangkakan akan bermula pada  24 November hingga 22 Disember, 2012. Yang mana pusingan kelayakan pula akan bermula seawal 5 hingga 13 Oktober, 2012.

(Ehsan cik google)
Mampukah Malaysia mempertahankan Piala tersebut selepas kemenangan pada 2010 dan mampukah pemain kita mencatat sejarah lagi sebagai penjaring gol terbanyak (Safee Sali memenanginya pada tahun 2010).  So sama-sama kita saksikan nanti.  Macam baru je dengar berita tentang kedudukan pasukan bola sepak Malaysia yang jatuh lagi ke tangga 156 dunia??.  Adakah impian kita kali ini akan tercapai?. Sebagai tuan rumah (semangat mesti lebihkan) bersama Thailand, kali ini kita pasti mahu memastikan Piala tersebut kekal dan terus dalam genggaman kita.  Tunggu dan lihat saja nanti. Apa pula strategi Datok K Rajagobal kali ini untuk memantapkan pasukan Harimau Malaya  agar terus mantap dan bisa terus dan terus ........ Mengaummmmmmmmmmmmmmmmm!

Update 10/5/2012
Malaysia dah naik sikit ke ranking 153 dunia hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...