Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 17, 2012

Pintarnya kanak2 zaman sekarang!

My daughter kalau ditanya cita2 bila besar, selalu jawabnya, mesti nak jadi Doktor Gigi dan Chef macam Dr. Izani.  Kalau nampak aje gambar Izani, mesti cakap, Eh! Peminat adik  tu !(Ha Ha Ha, padahal dia sebenarnya peminat Izani). But, baru2 ni tetiba dia kata nak jadi Ustazah pulak. Saya buat tak tahu ajelah. Tak tanya pun sebab apa. For me, biasalah budak2!

Then only semalam, bila my neighbour bercerita tentang anak dia yang katanya bercita-cita nak jadi Ustaz.  Pastu cerita pulak kat mak dia ni,  tentang my daughter yang sekelas dengan dia, lepas je dengar dia nak jadi Ustaz terus tukar nak jadi Ustazah pulak. Mana boleh camtu ! ..............Oh!, now I know why?

Balik terus je tanya my daughter.

Me :  Kenapa adik tiba2 je nak tukar jadi Ustazah lak bila besar?
She : Yelah, bila Jan cakap nak jadi Ustaz bila besar, Teacher kata bagus2!. Bila adik kata nak jadi Doktor gigi dan Chef tu Cikgu diam aje. (So sebab tulah dia nak tukar jadi Ustazah pulak!)
Me :  Apapun cita2 kita semuanya baik dan bagus sebab Ustazpun kalau sakit gigi kena jumpa doktor gigi juga dan kalau Ustaz tu nak makan sedap2 kena cari Chef yang best2 juga. Betul tak?
She :  Yelah tu....(Diam sekejap)...... Tapi kalau jadi Ustazah bagus banyaklah, boleh doakan Ummi, Abah, keluarga kita, cikgupun kita boleh doakan!
Me :   (Tak terkata....Hurmmmmmmm.. pintarnya menjawab budak2 sekarang ni!)

Ni ha lah  budak yang nak jadi Ustaz tu... Jan ... Jan!

Ada gaya dah, tangan tu dah style bernasyid tu!..............

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...