Tabung Masa Depan ...

Friday, April 06, 2012

Salam hari Jumaat - Al-Fatihah

Seperti biasa, Jumaat hari seribu rahmat, penuh keberkatan, hari terbaik untuk kita memberi dan memohon kemaafan, juga hari terbaik untuk kita bersedekah. Bersedekah bukan sekadar dengan wang dan harta tetapi juga dalam bentuk dan cara yang lain. Masih ingat lagi pesan arwah abah, selagi kita ini masih bernafas dan bernyawa, sedekahkanlah bacaan Surah Al-Fatihah sekurang-kurangnyer 3 kali untuk Arwah2 yang telah pergi, setiap kali melintasi tanah-tanah perkuburan Islam. Kerana yang pasti kita juga akan ke sana satu hari nanti dan moga ketika itu akan ada insan lain yang ikhlas membacakan untuk kita pula. InsyaAllah. Itulah pesan Arwah abah berkali-kali.  Dan sejak zaman kanak-kanak dulu hingga kini saya masih ingat dan teruskan setiap kali melalui tanah2 perkuburan Islam walaupun bacaan itu kadangkala hanya dari  dalam hati saya sahaja. Untuk Arwah abah dan Arwah2 lain yang telah pergi mendahului kita Al-Fatihah .... kerana sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka ! Amin.......

 
                    (Trimas google)

1 comment:

Anonymous said...

Al-fatihah.........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...