Tabung Masa Depan ...

Monday, April 16, 2012

Seni Dim Sum

Sajian tradisi yang merentasi budaya





DAHULU, apabila menyebut dim sum, ramai yang beranggapan ia adalah makanan tidak halal kerana kebanyakan dim sum yang berada di pasaran menggunakan campuran daging babi.
Barangkali ada yang tertanya-tanya, apakah dim sum sebenarnya? Ia adalah sejenis makanan masyarakat Cina Kantonis yang berasal dari selatan China. Pada mulanya, ia dihasilkan sebagai snek untuk pengembara laut dan petani yang berhenti berehat di gerai-gerai untuk minum teh.
Dim sum dihasilkan dalam saiz kecil menggunakan adunan tepung sebagai kulitnya. Intinya pula sama ada diperbuat daripada isi ikan, udang, ayam, daging dan sayur-sayuran. Ia dikukus atau direbus terlebih dahulu sebelum dimakan.
Ekoran keraguan tentang bahan-bahan tersebut, masyarakat Islam ragu-ragu untuk mencubanya.
Bagaimanapun, kebelakangan ini sudah banyak restoran mahupun hotel yang menyediakan hidangan itu telah memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pihak tersebut perlu akur pada prosedur yang sangat ketat.
Begitupun, cara-cara pembuatan dim sum menuntut ketelitian dan kesabaran yang tinggi ekoran proses pembuatannya yang sukar.

 Dim sum halal

Sementara itu, seorang penggemar dim sum, mengakui, hidangan tersebut sememangnya membuka selera namun kesukaran untuk mendapatkan yang halal adakalanya membataskan keinginannya.
"Memang banyak restoran dan hotel menyediakan hidangan tersebut namun status halal perlu diutamakan. Oleh itu, saya hanya mengunjungi beberapa tempat yang sama di sekitar Damansara yang sememangnya menjadi pilihan umat Islam," jelasnya.

More info leh baca kat Kosmo! Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...