Tabung Masa Depan ...

Friday, April 13, 2012

Senyum Pagi Jumaat - Kisah Penampal Luka !

Tiada kata seindah Zikir, tiada ibadah seindah Solat dan tiada hari seindah Jumaat! . So,  Salam Jumaat semua...

Ingat lagi tak satu cerita lucu ni waktu zaman2 sekolah dulu. Ada seorang budak lelaki.  Dia selalu memerhatikan emaknya kerap membeli sesuatu barang kedai.  Apabila sampai di rumah emaknya akan terus menyimpan barang tersebut di dalam almari.  Sebenarnya barangan tersebut adalah "Tuala Wanita" tetapi budak lelaki itu tidak mengetahuinya.  Oleh kerana keinginan ingin tahu, beliau terus bertanyakan kepada emaknya .

Anak :  Mak, apa yang selalu mak beli tu ?
Mak  :  Oh ! (Sambil berfikir-fikir cara nak menerangkan..)  Ini untuk penampal luka.
Anak :  Penampal luka, habis kenapa mak selalu simpan dalam almari mak?
Mak  :  Yelah, senanglah kalau nanti ada sesiapa luka boleh ambil kat situ. Tak lah susah tercari-cari nanti!
Anak :  Oh macam tu..........................

Budak itu seorang yang aktif bersukan dan selalu bermain bersama2 kawan2 di padang berhampiran rumah.  Satu hari beliau telah terjatuh dan terluka di dahi.  Apalagi beliau terus berlari ke rumah dan bergegas mencari penampal luka milik ibunya di dalam almari. Dengan dahi yang bertampal dengan "tuala wanita" itu beliau keluar dari bilik dan terserempak dengan emak dan ayah beliau. Apalagi terkejut beruklah mereka berdua melihat ada "tuala wanita" terlekat di dahi beliau.

Ayah :  Apa yang kamu tampal kat dahi tu ?
Anak :  Penampal lukalah Ayah. Mak punya !  Dahi Amir luka berdarah terjatuh waktu main tadi!
Ayah :  Siapa kata ini penampal luka!
Anak :  Emaklah !
Emak & Ayah :  (Ketawa)

Ha Ha Ha. So, moral of the story, berterus-teranglah dengan anak2 dan terangkan dengan cara yang mereka boleh  faham daripada mengambil jalan mudah. Anak2 sekarang sebenarnya lebih "advance" daripada kita.  Apapun..  Cheers!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...