Tabung Masa Depan ...

Friday, April 27, 2012

Ulam Pucuk Betik Dan Pucuk Kedondong

Dalam masyarakat melayu kita, makan nasi berulamkan sayur-sayuran ni dah menjadi satu yang biasa dan menjadi kemestian pada sesetengah orang.  Even, makan kat hotel2 5 bintang pun ada disediakan ulam2an. Memang banyak kebaikannya ulam2an ni. Malah sekarang ni bukan setakat orang melayu je, bangsa2 lain pun dah pandai makan ulam dan sambal belacan.
Pucuk betik

Untuk pucuk betik (termasuk bunga2 dia tu), kita kenalah rebus dulu sebelum boleh makan dicecah dengan sambal belacan or budu or cencaluk or tempoyak. Fuhhh.. sedap betul ni walaupun rasanya sedikit pahit. (Kalau pahit sangat masukkan pucuk jambu batu waktu merebus tu!) Mesti terangkat punya!. Antara kebaikan pucuk betik :-

1.  Menurunkan kadar kolestrol dalam darah & baik untuk pesakit diabetes
2.  Menurunkan darah tinggi dan
3.  Bagus untuk yang selalu migrain

Lagi satu, tahu tak, yang Pucuk Kedondong muda pun boleh dibuat ulam juga. Even, rasanya sedikit masam tapi memang sedap.! Tak tahu pun sebelum ini.  Tapi bila dah cuba sekali, mulalah mencari2.  Tak percaya cubalah!.

Pucuk kedondong
Pucuk kedondong
Ulam2an ini memang penuh khasiat dan sangat2 baik untuk kesihatan kita. Selain boleh menyembuhkan penyakit2 kronik ia juga boleh membantu kita sentiasa awet muda tau! ............Nak pucuk kedondong seikat!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...