Tabung Masa Depan ...

Saturday, May 05, 2012

Anak2 Bujang Sifu Datuk M.Nasir

pix_gal0
                   ( ehsan bharian.com)

Tak sangka dah besar panjang rupanya anak2 sifu Datuk M.Nasir.  Rasanya baru je tengok foto family beliau bersama isteri Datin Marlia Musa dan anak2. Itulah kata orang tua2, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasikan! Contoh anak2 yang mewarisi darah seni dari ibubapa mereka.

Tiga orang anak beliau telah bergabung bersama dua orang lagi rakan mereka untuk menubuhkan kumpulan Pitahati. Selain Mohd Ilham, 26, yang bertindak sebagai vokalis, dua lagi anak M Nasir dalam kumpulan Pitahati ialah Yasin, 24 (pemain dram) dan Hidayat, 20 (gitar). Dua lagi rakan mereka ialah Masrin, 26 yang bermain gitar bass dan Zahar, 31, gitar. Untuk pengetahuan semua, Ilham, Yasin dan Hidayat adalah anak perkahwinan M Nasir dengan Allahyarham Junainah Johari. Selepas kematian Allahyarham, Datuk M.Nasir telah berkahwin pula dengan Datin Marlia Musa, kisahnya! Rasa macam sekejap je masa tu berlalu!.

Lagu single mereka, Bintang Biru Kristal Salju sedang diterima baik di arena muzik indie, malah kini dimainkan di stesen radio tempatan dan Singapura. Dengan adanya sokongan dan restu dari bapa sendiri pastinya Kumpulan Pitahati ini boleh pergi jauh dan bertahan lama dalam industri ini seteguh nama bapa mereka yang tetap unggul dalam industri hingga kini.  Teringat2 lagi kehebatan lagu "Awan Nano".......Lagu ini pun macam kisah anak & bapa juga.

Apapun, wish you all the best ye!  Kena buat keja lak ni.  Hari ni kena kerja sebab Monday ada meeting and report tak siap lagi.  Sedihnyer ...Wa Wa Wa............

2 comments:

LydSunshine said...

Tapi takde sorang pun yg dpt tandingi hensemnya M Nasir.

Kesuma Angsana said...

You're right huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...