Tabung Masa Depan ...

Wednesday, May 02, 2012

Apa itu Diabetes?

Senang citer, orang2 melayu kita panggil kencing manis.  Samalah tu!.  Baca paper baru2 ini kata hampir 2 juta individu dewasa di Malaysia berisiko menghidap diabetes kerana tidak melakukan pemeriksaan kesihatan (tak termasuk sayalah tu ...sayakan selalu buat pemeriksaan kesihatan hu hu hu).  Diabetes adalah penyakit senyap pada peringkat awal dan sukar dikawal di peringkat akhir yang boleh menyebabkan buta, kegagalan buah pinggang dan mati pucuk!. So, marilah kita jalani saringan asas meliputi tekanan darah, paras gula dan kolestrol dalam darah.  Sedikit lagi info diabetes to share......................

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan (Tak dapat lah nak makan kek coklat yang sedap macam ni lagi hu hu hu)
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang......... Ok, dah faham tu!

1 comment:

Devi said...

Menjaga gaya hidup sehat memang sangat diharuskan sekali untuk penderita diabtes maupun bukan penderita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...