Tabung Masa Depan ...

Tuesday, May 29, 2012

Apakah Cerita Perodua Anda ?


cerita perodua

Kawan2 dah joint ke kempen Perodua tu ?.  Kempen "Apakah Cerita Perodua Anda" . Kalau tak tahu atau dah tahu tapi tak joint lagi cer klik kat laman web yang satu ini www.peroduastory.com.my. You all boleh hantar  gambar, video ataupun apa2 cadangan anda dan yang bestnyer mengenai “Apakah cerita Perodua Anda” ini sebab Pengarah Urusan (MD)Perodua itu sendiri iaitu Datuk Aminar Rashid Salleh akan terlibat secara dekat dengan kempen ini. Mana tau nanti dia akan reply cerita kita !. Jadi jangan lah lepaskan  peluang anda untuk menyampaikan apa saja yang terbuku dalam hati tu. Ini. banner kempen tu !  Rasanya kat blog2 you allpun selalu keluarkan!

Banyak sebenarnya yang nak dikongsikan tentang kereta Perodua saya.  Oklah, ada dua ahli keluarga perodua yang sudah menjadi sebahagian dari keluarga saya juga sejak bertahun-tahun.  Cik Kancil Biru Pelangi Dan Encik Myvi Putih Telur.  Dua-dua menjadi kesayangan kami sekeluarga kerana sudah banyak menabur jasa.  Satu yang ingin saya puji tentang ahli keluarga kami yang ini, adalah kos penyelenggaraan (maksudnyer makan pakai) mereka yang berpatutan dan pada kadar sederhana serta boleh dimiliki pada harga mampu milik. Berbaloi walaupun untuk perjalanan jauh. 

( Mengintai2 dari jauh ketika di service!)
Dari segi pembahagian tugas, Cik Kancil buat kerja-kerja lebih ringan, cuma perlu jalan- jalan di kawasan berdekatan saja dan Encik Myvi punya tugas lebih besar perlu menemani saya ulang alik balik kerja dan menempuhi 'jammed' setiap hari. Terima kasih Encik Myvi! Saya suka awak sebab jimat petrol.  Tapi dua-dua memang efisyen dan cekap dalam melaksanakan tugas. Jarang-jarang ambik MC. Kalau kerja gomen dah lama dua-dua tu dapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Selain dari itu, Encik Myvi juga menjadi salah satu tempat untuk saya berblogging andaikata berada dalam perjalanan, kerana ruang tempat duduknya yang luas dan selesa. 

( Sempat juga berblogging dalam kereta )
 Dan atas jasa kedua-duanya, saya dahpun buat rumah khas untuk mereka. Boleh duduk berjiran sebelah menyebelah lagi tu ye!. 

( Tak sempat nak cuci sebelum snap2 gambar hehehe)
Anak bongsu saya pulak dah jadi macam rutin, bila nak gerak je kerete, siap tengok kat dashboard depan tu dulu ... dan cakap opps! opps!.. Abah tak pakai tali pinggang lagi.  Boleh nampak kat depan tu klip klip, klip !.Ha Ha Ha. 


Terima kasih Perodua kerana menceriakan kehidupan kami sekeluarga! (Nanti saya update lagi ye!)

6 comments:

onlajer said...

Perodua Myvi yang paling aku suka dalam agak luas dan yg paling penting jimat pengunaan petrol

Kesuma Angsana said...

betul3 agree wit u OL.

Pink Lavender said...

wowwee...
siap berblogging dlm kete..
hebat btol..
thanks jenguk blog makneng..
done follow u..=)

Kesuma Angsana said...

PL: tulah pasal nak g bwalkin blog kekawan. takut ade yg kecik ati nnti huhuhu... salam kenal ye

LydSunshine said...

Saya pun dah join cerita perodua ni. Saya pakai kenari. :D

Kesuma Angsana said...

LS: Satu geng ler kita camtu! hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...