Tabung Masa Depan ...

Tuesday, May 22, 2012

Awal Ashaari Sah Temani Zizan Di Melodi

Minggu lepas rasanya Sarimah Ibrahim yang menemani Zizan (yang nampak sangat kurus) dalam Melodi.  Not bad jugak gandingan mereka .  Jauh lebih serasi dari gandingan Zizan dan Dira sebelum ini. Sebelum ini Melodi telahpun beberapa minggu bersiaran bersama dengan hos2 jemputan.

Tup2 berita terbaru mengatakan Melodi akan menggandingkan Zizan Razak dengan si pengantin baru Awal Ashaari tu!. Dah disahkan oleh pihak TV3 pun semalam dan mengatakan ini merupakan salah satu strategi mereka untuk menarik lebih ramai penonton. Apatah lagi program Melodi itu sendiri, memerlukan sesuatu yang baru dan 'fresh' untuk terus bersaing dengan rancangan2 lain yang mempunyai  konsep infortainment yang sama. Awal Ashaari bukanlah baru dalam bidang pengacaraan yang mana sebelum ini beliau pernah menjadi hos tetap rancangan sehati berdansa dan Fuhh!. Mengimbas kembali rancangan Melodi ini, pengacara2 sebelum ini berjaya menjadikan Melodi satu program yang lain dari yang lain dengan cara mereka sendiri antaranya Ogy Datuk Ahmad Daud, Raja Azura. Aznil Hj. Nawawi, Farah Fauzana, Sheila Rusly, Saiful Apek, Wahid Senario(sekadar menyebut beberapa nama), jadi kita tunggu sahajalah samada Awal Ashaari mampu meletakkan namaya sebaris dengan pengacara2 terbaik Melodi sebelum ini. (Saya yakin dia boleh!)

( fr google image )
Dengan pemilihan Awal ini, sahlah berita sebelum ini bahawa Dira Abu Zahar, kini sudah tidak lagi bersama Melodi. Menurut sumber berita, Dira ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan beliau, di samping bercadang menyambung pelajaran dan membina keluarga.

Apapun, tahniah untuk Awal Ashaari.  Diharapkan gandingan beliau bersama Zizan Razak ini akan dapat memeriahkan lagi program Melodi yang banyak ditonton penggemar2 hiburan tempatan waktu2 santai hujung minggu!. I follow............

2 comments:

wantie said...

hmmm.. ok gak kan pengacara sama jantina ni. ya la kan selalunya dorang akan ambil satu lelaki satu perempuan. kalau dah bagus 2 2 lelaki pun tak pe.

Kesuma Angsana said...

lelaki ke prempuan tu xlah ptg sgt, janji boleh buat yg terbaik,,, jgn nan hado je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...