Terbaca artikel ini kat akhbar Utusan Malaysia baru2 ini.
Uri adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan
bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada
bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di
bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi
sepatutnya keluar dari rahim.
Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup
ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan
memberikan komplikasi semasa proses bersalin. Yelah, kalau ada yang dah halang kat pintu tu, camne bayi tu nak keluar kan! Info lanjut baca lah kat sini ye!
![]() |
| (fr. Utusan.com.my) |
Saya sendiri pernah alami masalah ini pada kehamilan ketiga. Uri or placenta berada di bawah hinggakan doktor siap cakap, kalau takde apa2 perbezaan next checkup, saya kena sign for operation. No no no!. Siap doktor tu pesan lagi, jangan nak pergi urut2 ke apa ke! (Masa ni angguk ajelah)
Tapi saya memang tak mahu bersalin secara pembedahan. Jadi apa yang saya buat. Saya berusaha berjumpa dengan Mak Bidan kampung yang saya dah biasa pergi tu. Bila dia tengok dan rasa, memang uri saya berada di bawah. So, dia urut2 sikit sambil baca2kan sedikit doa. Lepas tu bila nak balik, dia pesan, setiap malam sebelum tidur, beri salam dan bercakap2lah dengan anak (bayi) dalam perut kita tu, (Kalau boleh, mesti buat setiap malam). Suruh bayi kita tu duduk baik2 di tempat dia di bawah tu, jangan menyusahkan kita dan sebut kita sayangkan bayi itu. InsyaAllah nanti bayi itu akan berpusing ke bawah dan uri akan naik ke atas. Kata Mak Bidan, bayi biasanya akan dengar cakap ibunya. Itu saja petuanyer!. Dan memang saya amalkan. Alhamdullilah, bila pemeriksaan doktor dan scan seterusnya, bayi sudah berada di bawah dan uri sudah naik ke atas. Doktor pun terperanjat bila tengok ianya sudah berada di kedudukan yang betul. Siap doktor tu tanya lagi. "Awak pergi urut ke?". Saya cuma cakap "taklah ini kuasa tuhan". (Macam tak logik kan!). Tapi itulah kekuasaan dan kebesaran Allah swt. Satu lagi saya nak pesan, waktu hamil tu, jagalah kata2 dan perbuatan kita terutamanya kepada suami. Kalau suami reda, InsyaAllah semuanyer akan. selamat.
Tapi yang itu kisah saya , terpulanglah kepada you all semua. Yang penting, mesti dapatkan nasihat doktor terbaik untuk kita sewaktu kehamilan ye!. Oklah cukuplah dulu kot share2 petua untuk hari ini.
Salam..............
Salam..............

12 comments:
betul, memang bahaya. kalau uri tu pecah boleh menyebabkan pendarahan dan ibu mengandung boleh maut.
alhamdulillah saya tak alami masalah itu. tapi masalah lain la pulak. pintu rahim asyik nak bukak je time peknen dulu. hehehe
betul tu wantie, tulah kita orang pompuan ni x ngandung salah, mengandung masaalah kan kan kan
good info..thanks yea...
tp part yg cakap dgn baby tu mmg bagus pun. ana dulu selalu borak dgn dia suruh dia keluar sama date dgn birthday ana. alhamdulillah, dia mendengar cakap..:)
InsyaAllah satu ahri nanti nurul nak rasai sendiri pengalaman mengandung ni..
Nurul doakan Kesuma Dan kandungnya sihat sentiasa, dan semuanya berjalan dengan lancar
kan betul petua org tua ni.. saya pun alhamudillah selamat
NA: dah selamat pun lama dulu he he he... tggu awak jelah nnti ye
Kenapa ye doktor tak bagi berurut? Bahaya ke? Tersentuh hati baca kisah ni. Tak sangka boleh berpusing semula baby tu. Boleh dijadikan pedoman kisah ni.
takde pengalaman uri kat bawah, tapi pengalaman tak boleh normal sebab anak terlebih besar ada la hihihi..
tapi, nape tak leh urut ek??
x tauler itu kata doktor akan ada effect pd baby n takut placenta tu pecah...
effect kat baby n takut uri tu pecah.. bahaya. entahlah. itu menurut doktorlah.. Petua orng tua2 kata baby dekat dalam tu biasanya akan ikut cakap ibu.. wallahualam
takut jgk kan kalau jd cmtuh ..
emm awk urut kat ner tu ? kut2 leh pass kt kwn2 yg ada masalah cmni
FZ : kat hulu langat ,, tp bidan tu dah meninggal cuma skang menantu dia ambil alih.. apa2 nnti email saya ye
Post a Comment