Tabung Masa Depan ...

Friday, May 18, 2012

Cabutan Bertuah Lampu LAMPAN IKEA

Mesti ada yang tertanya2, apahal lak pulak si Kesuma Angsana tiba2 nak joint semua giveaway2 ni.  Jawapannya..........ada aku kisah!.( Minat tu kadang2kan bermusim. Sekarang musim joint all these giveway ha ha ha ). Tapi wei korang semua, yang ini paling senang nak sertailah. Tak payah nak follow blog, tak payah susah nak tag kawan (kang tak pasal2 ada yang marah pulak), pun tak payah share kat FB ke hapa. Tapi kalau terlebih rajin nak buat tu, pun takdo den kisah!

Oklah, yang ini adalah cabutan bertuah @ Riwayat Hariku yang pertama barangan IKEA iaitu Lampu LAMPAN IKEA.  Cantik betul lampu tu kata kau!.  Warna putih lagi sesuci warna cinta .... mula lah nak mengarut ni.  Yang ini banner dia ............

 
Cabutan bertuah akan dibuat menggunakan random.org melalui senarai penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup penyertaan pada 25 Mei 2012. Untuk info lebih lanjut you all KLIK LER KAT SINI

Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah kita...... mungkin yang ini !  Mana tahu ada tuah dan berkat di Hari Jumaat ini. Amin. Cheers....................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...