Tabung Masa Depan ...

Sunday, May 20, 2012

Cara Buang Angin Di Badan

Salam Pagi Ahad semua!.  Hari ini ada sikit rasa gembira sebab Kelantan menang Piala FA. Tahniah juga untuk pasukan Sime Darby.  Tapi sedikit sedih kerana Jaclyn Victor gagal jadi Juara Mania yang pertama. Hanya berada di tempat ketiga. Anyway, tahniah untuk Hafiz sebagai Juara dan Stacy di tempat kedua. 

Kepenatan sebenarnya hari ini sebab semalam seharian uruskan my daughter kat sekolah.  Yang ini saya akan ceritakan di next entry nanti.  Sebab letih tak hilang lagi hari ini.  Badan sakit2 macam berangin lak.!  Melayan kerenah yang bongsu tu mana tak hangin satu badan.

Biasanyer kata orang, kalau rasa2 badan tu macam berangin, selalu sendawa2 tu so, cepat2 minum air teh halia untuk membuang dan menyingkirkan angin tersebut. Ini yang paling mudah dan senanglah kan.  Tapi, ada lagi satu petua yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan badan berangin.  Selain dari hindarkan makanan2 yang boleh menyebabkan angin cuba buat yang ini pula.  Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkan kulitnya.  Lepas tu, potong atau hiriskan halus.  Masukkan 2 gelas air dan rebuskan hingga air tinggal hanya dalam anggaran satu gelas sahaja. Bila suam bolehlah minum dan elok kalau diamalkan sekurang2 sebulan sekali.  No harm trying kan!

 
(from google image)
Di samping itu, jangan lupa banyakkan minum air kosong (suam) dan bila makan tu kunyahlah secara perlahan-lahan. Bawang putih juga bagus untuk rawatan meredakan stress dan untuk awet muda. Bawang putih sememangnya punya banyak lagi khasiat lain selain dari ini.  Tapi kalau ada orang yang naik angin tak tentu pasal, jangan pulak kita sumbat bawang putih dalam mulut dia ye! Petua tuk nak buangkan angin yang itu, saya tak belajar lagi! Ha Ha Ha

3 comments:

LydSunshine said...

Patut la, saya perasan kalau saya makan lauk yg ada banyak bawang putih, saya akan megeluarkan angin secara pesat sama ada sendawa atau kentut. Tak azab ke rasa air rebusan tu? Kalo mcm tu alang2 buat sup pun bagus kan? Masukkan lada hitam, dengan sayur ke. Heheh. Melawan plak petua org bagi.

Kesuma Angsana said...

Itulah dulu ingatkan halia je tp bwg putih pun punya fungsi yg sama... boleh je.. masak sup buh ler bawang putih byk2 tp jgn smpai jd sup bwng putih udah ler

eezance said...

Salam singgah... :)

terima kasih utk info.. hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...