Tabung Masa Depan ...

Sunday, May 27, 2012

Cerita Terbaru Fazura

Salam Pagi Minggu Kekawan !...............
Lama jugak rasanya tak dengar cerita2 terbaru tentang artis yang satu ni, NurFazura Sharifuddin a.k.a Fazura. Cukup popular dengan filem Gol & Gincu dulu2. Saya rasa dia antara aktres Malaysia yang benar2 berbakat.  Tolak tepi dulu cerita2 sensasi sebelum ini tentang dia tu. Cerita gaduh2 di kelab malam, rampas merampas, cerita turun naik mahkamah (letih dah) hingga semuanya dah selesai pun sekarang. Walaupun begitu, cerita2 panas ini tidak dapat menidakkan bakat lakonan semulajadi yang benar2 dimiliki oleh Fazura anak kelahiran negeri Pahang ini..  Selain punya raut wajah yang menarik,  Fazura memang tersendiri dalam gayanya.

                                                                            ( google image)

Ada juga dengar2 cerita terbaru tentang dia and TMJ tu (tweet2 kes lah ni) dan kisah sekontena balloon dulu. So so sweet!. Pun ade kisah2 cubaan rampasan kuasa lepas tu. Hurmm......  Alih2 baru2 ini, keluar cerita yang Fazura dah mula berjinak2 berkecimpung dalam dunia perniagaan.  Baguslah, sentiasa sediakan payung sebelum hujan. Lagipun tak ramai artis2 Malaysia yang benar2 berjaya dan kekal dalam bidang seni ini.  At least, ada juga sesuatu untuk back up, andai kata dah takde rezeki dalam bidang seni ni kan!. Lainlah kalau income macam pelakon2 kat Hollywood tu. 

 ( google image)
Beliau dikhabarkan akan membuka perniagaan butiknya sendiri yang dipanggil "House of Doll"  secara rasminya pada 27 Me, 2012 Ahad (hari ini). Semoga terus suksess dalam membina empayar bisness dan juga kerjaya ye Cik Fazura ! ( Pst2.... Bila pulak nak bina keluarga ? )

OKlah.... sayapun ada majlis jemputan hari ini.  InsyaAllah akan pergi ! Jomlah, kita bersiap dulu.

1 comment:

Anonymous said...

Lebih minat Fazura ni dari FS tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...