Tabung Masa Depan ...

Wednesday, May 09, 2012

Ceritera Pantun Jenaka

2 hari lepas, masa dalam perjalanan nak fetch anak2 dari sekolah menengah, my bongsu daughter tu mulalah start dengan dia punya kisah.

She :  Adik dah pandai pantun dah. Nak dengar ke?
Hubby :  Cubalah...
She :  Ala, malulah adik!
Me :  Apa nak dimalukan. Ummi ngan Abah je yang dengar ni!
She :  Ok.  Dengar ye..  Pergi ke kedai membeli nasi, nasi ayam dalam mangkuk, semangkuk nasi ayam letak atas meja, siapa nak makan sudilah ambil (siap dengan intonasi gaya berpantun).
Me : (Nak tergelak)
Hubby : Siapa yang ajar tu.
She :  Cikgulah ajar pantun.  Tapi yang ini adik reka sendiri..
Me :  Betul ke?
She :  Iye, ciptaan sendiri. Ingat senang ke nak reka pantun ni!
Me :   Oklah
She :  Satu lagi pantun ye.   Warna Merah Sungai Lui, Merah muda Sungai lui, Sungai Lui lagu Aizat,  Terima kasih kepada Aizat! (Siap intonasi berpantun tu)
Me  : (Terus gelak) Ha Ha Ha.  Sudahlah tu adik.  Pandai adik reka pantun, tu pantun lawak tu!
She :  Mana ada ... Ni lagi satu.
Me :  Dahlah tu nanti2lah  pulak buat pantun.
She :  Dua tiga kapal berlayar, kapal berlayar... kapal berlayar....
Hubby :  Bukan dua tiga kucing berlari ke?
She : Itu lainlah ..... Dua tiga kapal berlayar, dua tiga kapal berlayar.........
Me :  Ok2, dah sampaipun sekolah along ngan angah ni. Nanti jelah kita sambung pantun tu ye!
She :  Aaa....Pandai tak adik,  Mi! Susah nak reka pantun ni....
Me :  Pandai2........ memang pandai sungguh buat lawak!
She :  Memanglah adik kan dah tadika 2 tahun sebab tu lah pandai!
Me & Hubby :  (Senyum ajelah)

( Ni tengah gembira sakan walaupun penat ....! Siap tukar baju dua kali tu )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...