Tabung Masa Depan ...

Tuesday, May 08, 2012

Durian Runtuh Warga Felda

Peneroka Felda terima durian runtuh RM15,000 seorang  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian durian runtuh RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara. Beliau telah membuat pengumuman berkenaan perkara tersebut di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang. 
Bercakap kepada pemberita lagi selepas pengumuman itu, Najib berkata pembayaran bagi fasa pertama akan diagihkan dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu dari hari ini.
"Pembayaran akan dibuat secara tunai dan fasa kedua akan dibuat sebaik sahaja selesai pembayaran fasa pertama manakala pemberian bonus kepada kakitangan Felda juga akan dibuat dalam masa terdekat," katanya.

RM 15K, sebelum ini saya menjangkakan mereka warga Felda akan dapat lebih.  Apapun, lepas ni adalah yang akan kerap balik kampung.  Untunglah sapa2 anak peneroka Felda tu ye! Siapa tu ? (Rakan blogger jangan ambil hati pulak).  Cam teringat dulu2 ada kes orang nak saman Felda. Rasanyer berkisar tentang rasa tak puas hati isu pemerahan kelapa sawit.  (Apa citer sekarang ni!)
(ehsan cik google)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...