Tabung Masa Depan ...

Monday, May 21, 2012

Jaclyn Victor Tetap Juara Di Hati

Beginilah apabila jari menjadi juri!.  Apapun keputusan sudah termaktub dan muktamad.
Walaupun hanya berjaya menduduki tempat ketiga Mania, bagi saya Jaclyn telah memberikan satu persembahan yang betul2 mantap dan cukup2 hebat. Cuma mungkin ada sedikit lupa lirik untuk lagu kedua tapi ia tidak mengganggu atau menjejaskan keseluruhan persembahan beliau. Apatah lagi, persembahan lagu duetnya bersama Tia (Jinbara). Tak perlu dipertikaikan lagi kehebatan vokal Jac ini.  Memang ke langit menuju bintang!.  Bukan macam sesetangah artis tu, yang banyaknyer ke laut tenggelam aje bila menyanyi. 

Agak terkejut kerana pada awalnya, undi untuk Jaclyn agak jauh berbanding yang lain. Tapi keputusan akhirnya sepertimana yang diumumkan Pengacara Aznil Hj.Nawawi, beliau tumpas jua di tangan Hafiz (Juara) dan Stacy (Kedua).  Anyway tanhiah kepada semua.  Hazama dan Aril pun hebat juga!.

( gambar dari murai.com)

Boleh tengok komen lanjut Jaclyn  yang mengaku dirinya kurang popular berbanding penyanyi baru yang lain dekat murai.com ni.

For me, You're still the best Jac!

1 comment:

wantie said...

kayo kayo budak hafiz tu kan.

follow u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...