Tabung Masa Depan ...

Saturday, May 19, 2012

KISAH MISTERI Di Hospital Kajang

Cerita ini ringkas sahaja.  Hanya nak berkongsi sesuatu yang saya rasa sangat2 misteri.  Sebabnya, masih tiada jawapan samada ianya hanya sebuah mimpi atau benar2 terjadi.

En. Hubby saya pernah tertidur di kawasan letak kereta di Hospital Kajang, semasa menunggu saya membuat pemeriksaan doktor sewaktu kehamilan saya yang ketiga dulu. Sebagai pesakit hamil yang ada diabetes, saya perlu membuat pemeriksaan 4 kali sehari mengikut temujanji.  Satu hari, oleh kerana terlalu penat kerana baru balik dari kerja, beliau hanya menunggu di dalam kereta sementara saya siap membuat pemeriksaan.

Cerita beliau, waktu itu hari sudah lewat petang tetapi belum lagi menghampiri senja dan beliau terus tertidur kerana keletihan.  Pintu cermin kereta diturunkan waktu itu, agar angin dapat masuk. Kebetulan beliau meletakkan kereta berhampiran sebuah pokok besar untuk teduhan sebagai mengelakkan panas. Dalam masa tertidur itu beliau bermimpi, ada satu lembaga perempuan tua yang datang dan cuba mencekik beliau. Hingga menyebabkan beliau sukar bernafas.  Dalam keadaan itulah, beliau telah terjaga dan apabila membuka mata, beliau amat2 terkejut apabila melihat perempuan tua di dalam mimpi itu benar2 berada betul2 di hadapan muka beliau. Wajahnya sangat2 menakutkan!.  Beliau beristighfar banyak kali dan membaca apa saja yang ayat yang dia ingat, sambil menutup mata dan apabila membukanya kembali beberapa ketika kemudian, perempuan tua itu sudah tiada. Ketika itu barulah beliau sedar, yang hari sudah gelap benar di luar sebenarnya.

Cepat2 dia naikkan cermin kereta dan mengunci kereta lalu keluar mencari saya.  Saya kehairanan melihat keadaan beliau yang datang dalam tergesa2, serta dengan wajah seakan pucat dan basah dengan peluh.  Hanya beberapa hari kemudian, beliau menceritakan kejadian ini kepada saya.  Entahlah, banyak juga saya dengar kejadian2 pelik dan aneh di hospital ini, tapi kebenarannya hanya Allah jua yang mengetahui.  Oleh itu sentiasa berhati2 di mana jua kita berada dan dalam apa jua keadaan dan jangan lalai. Samada ianya sekadar mimpi atau kejadian yang benar2 terjadi, ia masih tetap jadi misteri hingga ke hari ini. Wallahua'lam.

4 comments:

kasihredha said...

seramnya..

Kesuma Angsana said...

Tulah kena sntiasa alert n jgn lalai..

eLham Hardy said...

Kat hospital mmg byk cerita kak. Ada yg simpan & ada yg share. Best2... If i kat tpt husband kak pun i cuak.

Kesuma Angsana said...

klu ada citer sharelah dik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...