Tabung Masa Depan ...

Tuesday, May 01, 2012

KISAH SERAM Misteri Di Resort

Kisah ini berlaku dalam 2 -3 tahun yang lepas.  Semasa satu percutian keluarga di Port Dickson. Tak perlulah nak sebut tempatnyer.  Tapi tempat penginapan ini, betul2 popular di Port Dickson tu. Sebenarnya itu bukanlah kami pertama kami menginap di sana. Tak pernah pula ada perkara2 aneh yang berlaku. Mungkin sebelum ni ada tapi tak sedar kot. Biasalah, bila seharian tu dah penat sangat, malam mestilah akan tidur macam naga, tak sedar apa-apa dah. Kali ini kami menginap di sana selama 3 hari sebenarnya.

( Salah satu tempat penginapan yang pernah cuba di PD)
Pada malam yang pertama tidak ada apa2 yang pelik berlaku cuma bila tengah malam saja, seperti ada bunyi orang cuba menolak2 pintu tapi bila ditanya pada suami, katanya mungkin tolakan angin saja!. Hinggalah pada malam terakhir kami menginap di sana.  Waktu itu jam hampir2 pukul 2 pagi, saya tiba2 terdengar seakan2 bunyi pintu bilik dibuka. Mulanya ingatkan tolakan angin. Akan tetapi dari cara pintu dibuka secara perlahan-lahan, tidak memungkinkan angin yang menolaknya.  Dari bawah selimut saya perhatikan dengan teliti.  Memang betul!.  Pintu bilik saya dibuka seperti ada orang yang ingin masuk, tetapi yang anehnya tidak ada sesiapapun yang masuk ke bilik. Dan yang lebih aneh lagi, pintu bilik telahpun dikunci sebelum kami masuk tidur tadi. Ini saya amat pasti!. Selepas terbuka dalam tempoh yang agak lama juga, pintu bilik tertutup dengan sendirinya. Tapi memang tidak apa2 atau sesiapa yang masuk ke dalam bilik! Serta -merta bulu roma saya meremang dan cepat2 saya tarik selimut menutupi mata saya.  Suami yang tidur di sebelah, tidak sedar apa2pun. Apakah saya bermimpi?. Bila saya pusing ke kanan, rupa2 salah seorang anak saya yang tidur sebilik di katil sebelah juga melihat perkara yang sama.  Maknanya, apa yang saya lihat itu benar2 berlaku dan bukan mimpi semata2.  Cepat2 saya bukakan bacaan ayat2 suci Al-Quran dari telefon bimbit saya yang terletak di hujung katil.

Keesokan harinya, saya bertanya kepada yang lain2 samada, mereka ada masuk ke bilik saya atau tidak.  Tapi semua mengatakan mereka telah masuk tidur awal semalam kerana keletihan. Bila saya bertanya kepada anak saya, beliau terus mengatakan yang beliau juga nampak apa yang berlaku malam tadi.  Syukurlah tidak ada apa2 perkara atau kejadian buruk  yang terjadi.  Kalaulah saya atau anak saya  nampak "sesuatu" malam itu atau "sesuatu" itu menunjukkan dirinya, entah apalah yang akan terjadi.  Tengahari itu juga kami bersiap2 untuk pulang.  Dan apa yang terjadi, masih tetap jadi misteri hingga ke hari ini. Wallahua'lam...............


2 comments:

paridah said...

kisah seram yg menyeramkan...selalu berdoa minta simpang melihat mrasa yg aneh n seram..

Kesuma Angsana said...

paridah: mgkin ianya satu kebetulan ttpi menjadi sesuatu yg tidak akan saya dn anak lupakan sampai bila2. Moga Allah swt sentiasa melindungi kita!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...