Agak lama rasanya tak sharekan
cerita2 seram dan misteri. Oklah, yang
ini saya dengar sendiri dari salah seorang kawan saya lama dulu, tentang kisah anak
buahnya seorang perempuan. Baiklah, letak saja namanya Ninna. Ninna seorang yang pendiam dan pemalu walaupun punya wajah yang bersih
dan cantik. Ninna ketika itu berusaha dalam lingkungan umur 18 tahun dan baru
saja mendapat tempat belajar di sebuah IPTA di selatan tanahair.
Waktu mula2 dia ditempatkan di asrama,
tidak ada apa2 perkara yang berlaku.
Hinggalah satu hari, selepas beberapa minggu tinggal di asrama, ibu bapa
beliau datang melawat. Mereka amat2
terkejut melihat wajah beliau yang pucat
dan badan yang kurus kering. Wajahnya seakan2 orang sakit. Apabila
ditanya, Ninna cuma cakap yang beliau sihat sahaja. Waktu ibunya
memberikan makanan yang dibawa dari kampung, dia makan dengan berselera. Tetapi yang hairannya mengapa badannya
seperti tidak makan setahun! Ibubapa
beliau menyuruh Ninna melihat wajah dan tubuhnya di cermin tapi Ninna sambil
ketawa berkata dia kelihatan cantik dan
biasa saja sedangkan apa yang dilihat oleh kedua ibubapanya berlainan. Di hadapan mereka Ninna bukan seperti Ninna
yang mereka kenal. Ibubapa manalah yang tak risaukan!
Pulang ke kampung, ibubapa beliau
telah menemui seorang Ustaz untuk meminta nasihat. Selepas mendengar cerita, Ustaz telah
memberikan sebotol air yang telah dibacakan dengar ayat2 suci AlQuran dan
meminta ia diberikan kepada Ninna dengan kadar segera. Petang itu juga mereka berangkat semula ke
tempat Ninna belajar. Berjumpa Ninna dan terus
memberikan air tersebut untuk diminum. Tiba2 belum sempatpun diminum, air
dalam botol plastik itu tertumpah dengan sendiri seperti ada yang
menolaknya. Kedua2 ibubapa beliau
terkejut. Segera mereka meminta Ninna
bersiap dan mengikut mereka pulang ke kampung.
Bagi mereka ini pasti ada sesuatu yang tak kena. Usai bersiap, ketika hendak keluar, pintu bilik
Ninna pula gagal dibuka. Puas dipulas2
ia masih tidak terbuka. Bapa Ninna terus
membacakan Ayat Kursi dan melaungkan azan sambil cuba lagi membuka pintu. Kali ini berjaya. Rakan2 di bilik lain terkejut
dan tertanya2 apa yang berlaku.
![]() |
| (ehsan google bukan asrama dalam citer ini ye! |
Ninna sendiri tidak sedar apa yang terjadi sebenarnya. Sampai saja di kampung, Ninna terus dibawa berjumpa Ustaz Rahim. Mengucap panjang Ustaz melihat keadaan Ninna. Terus dia memberitahu ibubapa Ninna ada benda yang menumpang di badan anak mereka. "Benda" itu sukakan Ninna kerana badannya yang putih bersih tanpa sebarang tanda calar. Mereka bernasib baik kerana membawa Ninna berubat kalau lambat nyawa Ninna mungkin menjadi pertaruhan. 3 hari berturut2 Ninna dibawa menemui Ustaz tersebut dan pada hari yang terakhir, Ustaz telah meletakkan sehelai kain di atas lantai. Setelah membacakan sedikit doa dengan sekali tarikan beliau menepuk belakang badan Ninna seolah2 menangkap sesuatu dan terus diletakkan di atas kain putih itu. Segera Ustaz membungkuskan kain putih itu dan memberitahu yang kain itu perlu ditanam sebelum hari malam. Alhamdullilah, selepas itu Ninna kembali pulih seperti biasa. Cerita Ustaz lagi, ada "Benda" yang telah tinggal lama di asrama tersebut dan suka kepada Ninna sebab itu "ia" menumpang tinggal dibelakang badan Ninna. Hanya orang2 tertentu saja yang boleh nampak. Sebab itu kita lihat Ninna yang berlainan sedangkan Ninna sendiri tidak sedar.
Kemudian barulah Ninna bercerita bahawa pada hari kedua di asrama, dia terkejut bila bangun pagi ada seorang wanita duduk di hujung katil beliau. Wajahnya sangat hodoh dan menakutkan. Beliau cuba menjerit tapi suaranya seperti tersekat di kerongkong dan selepas itu dia tidak sedar apa2 lagi. Cuma yang dia ingat selepas kejadian tersebut dia kerap nampak seakan2 ada wanita lain yang sering duduk di katilnya. Ninna ada berniat untuk bercerita kepada rakan2 yang lain tetapi setiap kali dia mahu bercerita, seakan ada saja semacam sesuatu yang menghalang. Apapun kini Ninna telahpun menamatkan pengajiannya, dan selepas peristiwa itu tiada lagi gangguan tehadap beliau. Wallahua'lam.......... Alamak, dah hampir pukul 1.00 pagi nih.. Nite semua!
Kemudian barulah Ninna bercerita bahawa pada hari kedua di asrama, dia terkejut bila bangun pagi ada seorang wanita duduk di hujung katil beliau. Wajahnya sangat hodoh dan menakutkan. Beliau cuba menjerit tapi suaranya seperti tersekat di kerongkong dan selepas itu dia tidak sedar apa2 lagi. Cuma yang dia ingat selepas kejadian tersebut dia kerap nampak seakan2 ada wanita lain yang sering duduk di katilnya. Ninna ada berniat untuk bercerita kepada rakan2 yang lain tetapi setiap kali dia mahu bercerita, seakan ada saja semacam sesuatu yang menghalang. Apapun kini Ninna telahpun menamatkan pengajiannya, dan selepas peristiwa itu tiada lagi gangguan tehadap beliau. Wallahua'lam.......... Alamak, dah hampir pukul 1.00 pagi nih.. Nite semua!

3 comments:
askm. memang risau jika perkara macam ni terjadi pada diri sendiri ataupun saudara-mara. dan pastinya xboleh biarkan lama bersarang.
Waalaikumslm...tq commentnyer Betul klau perkara2 misteri ni jgn buat main2. Pengalaman keluarga sendiri makan tahun utk pulih dan mencari yg rasi.
tu la bnde yang saya takut bila berjauhan dengan family..
Post a Comment