Tabung Masa Depan ...

Friday, May 11, 2012

Konsert 4 Legenda

Anda peminat penyanyi Datuk Sheila Majid atau Amy Search ataupun pengikut setia Jamal Abdillah dan penggemar muzik Zainal Abidin?. Kalau jawapan anda ye, jangan lepaskan peluang untuk ke konsert, The Legendary Concert - Dulu, Kini dan Selamanya yang menggabungkan ke empat2  bintang legenda ini.

(ehsan google)
Ia adalah siri konsert bergerak yang diadakan di lima negeri, Pulau Pinang (Stadium Tertutup PISA 23 Jun), Johor (Stadium Larkin 5 Mei), Kuching (Stadium Negeri 26 Mei), Kota Kinabalu (Stadium Likas 19 Mei) dan Kuala Lumpur (Stadium Merdeka 30 Jun), dah pun bermula dari 5 Mei lalu dan akan berakhir pada 30 Jun ini. 

Walau datang dari genre muzik yang beza, contohnya Zainal mesra dengan melodi World Music dan etnik, Sheila pula dengan irama jazz dan balada, Amy adalah Papa Rock Malaysia dan Jamal Raja Pop Malaysia mereka mempunyai pengikut dan peminat masing2. Dengar kata Tan Sri SM Salim pun mungkin akan dijemput sebagai jemputan istimewa di konset terakhir yang berkemungkinan diadakan di Kuala Lumpur nanti.

Untuk makluman,  konsert adalah anjuran Afro Inang Worldwide dengan kerjasama Research Venture Lab Sdn Bhd. So, apa tunggu lagi, kepada semua peminat2 setia 4 bintang legenda ni, mari kita sama2 berikan sokongan. Kerana mereka berempat ini antara artis2 yang punya kekuatan sendiri, dan masih mampu memberikan persembahan terbaik dan jarang sekali menghampakan! ( Untuk info. Abang Zainal kita sebenarnya baru saja pulih dan telah disahkan bebas dari kanser kolon tahap 3 yang dideritainya selama hampir 2 tahun,  Alhamdulillah!)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...