Tabung Masa Depan ...

Thursday, May 03, 2012

MasterChef Malaysia Ezani Farhana



(DARI kiri) Ezani bersama empat chef selebriti lain yang dilantik sebagai duta myChef iaitu Chef Liza, Chef Florence, Chef Ismail dan replika Chef Zam yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana berada di luar negara.


Lama juga tak dengar cerita tentang Ezani ni. Ala, MasterChef Malaysia 2011 yang pertama tu!. My last daughter minat sungguh kat dia ni, dan saya nak ucapkan tahniah dan syabas kepada Ezani kerana dalam usia muda 26 tahun telahpun terpilih sebagai duta produk myChef. (Cerita dalam Kosmo Online)

Menariknya, tawaran berkenaan membolehkan anak kelahiran Kajang, Selangor itu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan empat lagi chef selebriti terkenal yang turut memegang peranan sebagai duta.

Pelantikan itu juga sekali gus memberi peluang kepada Ezani mencipta resipinya sendiri untuk dipasarkan dan dinikmati pengguna melalui jenama myChef.
“Alhamdulillah, kejayaan muncul juara pertama program realiti masakan MasterChef tahun lalu memang tidak dijangka dan ia satu pengalaman yang sungguh berharga.
“Kini, resipi saya pula akan dicipta dan boleh dinikmati oleh semua orang. Sesungguhnya kepercayaan yang diberikan myChef terhadap diri saya merupakan satu penghormatan yang besar. Justeru, saya berharap resipi yang akan dihasilkan kelak dapat memenuhi jangkaan semua pihak,” ujar Ezani merendah diri.

Namun demikian, Ezani menegaskan bahawa dia tidak akan sekali-kali meninggalkan kerjaya yang diminatinya itu semata-mata untuk melibatkan diri dalam dunia kulinari.


WALAUPUN meminati bidang masakan, Ezani mengakui tidak akan meninggalkan kerjayanya sebagai doktor gigi.


Selain Ezani, empat chef selebriti yang turut dilantik sebagai duta bersama Ezani adalah Datuk Chef Ismail, Chef Florence Tan, Chef Liza dan Chef Zam. Semua produk myChef boleh didapati di pasar raya dan hypermarket terkemuka di seluruh negara.  Bertuahnyer  badan!


Adui, jangan pulak  lepas ni my daughter duk sibuk2 kalut suh cari produk ni sebabkan minat kat  Ezani!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...