Tabung Masa Depan ...

Saturday, May 26, 2012

MasterChef Selebriti Malaysia

Cuma nak ingat2kan pada sesiapa yang minat. Jangan lupa tengok ye, MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama bermula malam ini 26 Mei, 2012.  Nak jugak tengok kemahiran memasak artis2 Malaysia. Hebat ke?. Tapi hopefully, tak banyaklah ditunjukkan drama2 sangat dalam rancangan ini nanti.  Kekadang drama2 yang sengaja dicipta buat penonton2 jadi bosan.  Saya lebih suka tonton sesuatu yang lebih realistik dan santai. Bukan direka2.  Nak tengok drama2, baik tengok channel lain kan!

Oklah, antara Selebriti yang akan terlibat adalah Serina Redzuwan(dia ni ok), Siti Sarah Raisuddin, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz (I like), Angah Raja Lawak (memang lawak), Raja Azmi(pun ado), Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan, Azwan Ali(boleh ke ni) dan juga pelakon Louisa Chong. Mereka dipilih bukan 100% berdasarkan kebolehan memasak sahaja tetapi juga atas kemahuan dan keinginan mereka untuk mencuba sesuatu yang baru dengan sedikit pengetahuan dalam bidang masak memasak ni.

(google)
Penggambaran dahpun dimulakan pada hujung Mac 2012 dan ianya akan bersiaran dari hari Sabtu ke hari Selasa  jam 9 malam (4 hari) setiap minggu selama 28 episod. Di Astro Ria ye!. Apapun, ini adalah satu rancangan amal dimana, wang yang dimenangi akan disumbangkan kepada badan2 amal dan kebajikan yang terpilih. Jomlah kita tengok dan lihat siapa bakal juara !

2 comments:

Haryati::Faizal said...

suke rancangan ni, sbb last year tgk smpi final. so,nak tgk Master Chef Selebriti ni mlm ni..tk sbr la..

Kesuma Angsana said...

HF : dah tgk smlm . oklah x byk sgt drama utk epi 1 ni. Tq singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...