Masih ingat lagi tak pada Razis Ismail. Lama betul tak dengar cerita tentang beliau. Beliau antara artis yang popular sekitar tahun 80an dulu. Selain menyanyi, beliau juga ada menceburi bidang lakonan. Beliau menjadi kegilaan anak2 gadis pada waktu itu. Saya pulak, suka sebab suaranya yang tersendiri dan sampai sekarang takde pun klon Razis Ismail. Sweet2 dan lemak merdu gitu. Lagu ni "Wahai Kekasih" memang cukup2 saya minati sampailah ke hari ini. Rasanya dari zaman sekolah dulu2. Hai, En. Razis Ismail tak nak buat come back ke? Ni gambar latest beliau dari cik google.
![]() |
| (ehsan : google/berita harian) |
Yang ini pulak antara petikan kata2 beliau dalam satu temubual.
"Entahlah, saya tak tahu kenapa hati saya sudah tertutup untuk seni.
Seingat saya, sekembalinya daripada menunaikan ibadat haji pada 1998,
minat saya dalam bidang seni terus hilang. Saya tidak memandang serong
pada dunia seni, tetapi minat itu hilang secara tiba-tiba dan
persembahan saya di Pulau Pinang pada 31 Ogos 1997, menjadi medan
terakhir saya menyanyi di pentas,” kata penyanyi berasal dari utara
tanah air ini"
Oklah, Enjoy Hari Minggu you all ye. Salam.............

1 comment:
He..he...penyanyi dulu dulu ... memang meletop!!! tulah adat dunia.... bila dah tua sedikit demi sedikit dilupakan!!!
Post a Comment