Tabung Masa Depan ...

Tuesday, May 15, 2012

Petua Cili Kering Tahan Lama

Salam Selasa untuk petua!.

Ramai antara kita yang bekerjaya, dan tak punya banyak masa, lebih suka blend cili kering dalam kuantiti yang banyak sekaligus dan disimpan agar sentiasa ada tersedia bila saja kita nak memasak.(termasuk saya).  So, bagi memastikan cili kering yang tersebut tahan lama dan masih elok untuk digunakan, anda boleh cuba cara ini.

Waktu nak kisarkan cili kering itu, campurkan dengan sedikit minyak masak. Dengan cara ini bukan sahaja cili kering tersebut akan tahan lebih lama tetapi biji cili kering juga mudah hancur dan menghasilkan cili kering kisar yang cantik. Masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti.  Selain itu, kalau rajin, masakkan kisaran cili kering tadi atas api perlahan hingga airnya kering dan kemudian bolehlah simpan. InsyaAllah, pasti ia boleh tahan lebih lama.

Nak cuba, silakan.....................   

4 comments:

mayangsayang said...

SELALU WAT CAMNI .. MALAS NAK PROSES CILI TIAP KALI MASAK ... WIKEN WAT BYK SEKALI BILA NAK PAKAI SENANG DAN JIMAT MASA..

Kesuma Angsana said...

Tulah senang dan mudah kan

onlajer said...

O macam tu rupanya biasanya aku blend terus masuk peti jer

Kesuma Angsana said...

tulah.. samalah kita share info ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...