Tabung Masa Depan ...

Thursday, May 10, 2012

Petua Menajamkan Gunting

Minggu lepas, my bongsu sibuk mencari2 gunting untuk buat kerja sekolah. Ingat lagi kalau dulu2 masa sekolah, alamat kena jeritlah kalau guna gunting potong kain emak untuk buat potong kertas.  Nanti gunting tumpul!.  Tapi masa tu masih bebudak lagi so buat tak tau ajelah. Sekali cakap sekali dengar.  Lepas tu buat lagi.. He He He.

Sebenarnya ada cara mudah nak menajamkan semula gunting tu.  Caranya,  cari aje botol2 kaca lama yang kosonglah (apapun boleh) tapi janganlah sampai cari botol yang cantik2 macam kat bawah ni. Botol bekas kicap pun boleh guna.
(ehsan cik google)
Lepas tu buatlah seolah2 kita nak guntingkan botol tu sambil meleret2kan mata gunting dari depan mata gunting hingga ke hujung bermula dari atas botol ke bawah dan ulangi proses dari bawah ke atas. Buat sampailah rasa dah puas hati.
(from google image)

InsyaAllah, pasti gunting itu akan tajam kembali macam yang ini.

Tapi kata orang2 tua kat  kampung, kalau guntingkan daun-daun sirih pun, gunting boleh tajam semula. Cuba ajelah!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...