Tabung Masa Depan ...

Tuesday, May 29, 2012

Petua Mudah Untuk Luka Dan Parut

Macam biasa, hari Selasa for Petua!

Kalau kecik2 dulu selalu sangat terjatuh dan luka. (Perkara biasa). Yelah masa tu nakal sangat2, tak reti duduk diam (menrurut mak ler).  Sekarang dah menurun pada si kecik tu. Bila dah luka tu, tau pulak  takut nak bagitau mak. Sebab takut kena marah lagi so, buat jelah macam petua bawah ni.

Petua paling mudah menghentikan darah ketika luka adalah, dengan menggunakan serbuk kopi.  Sapukan aje serbuk kopi tu pada luka dan InsyaAllah darah akan berhenti dengan segera. (Serbuk kopi tau bukan milo!). Kalau kita berada dalam kawasan hutan atau kebun pula,  cuba carikan pokok daun senduduk. Lenyek2kan daun senduduk tu dan tampalkan pada luka tersebut untuk menghentikan pendarahan.

(google - serbuk kopi)
(google - senduduk)









 

Untuk parut luka pula, kena rajin gosokkan kulit pisang (sebaik2nyer pisang emas) pada luka tersebut. 
InsyaAllah, kesan luka dan parut itu akan hilang. Tapi mesti kena rajin sikitlah ye! (Dulu hari2 tenyeh ni kat parut, takut tak laku nanti kalau banyak sangat cap mohor raja2 hehehe)

( ehsan google )

Apapun, sharing is caring kan...............

2 comments:

KorN said...

serbuk kopi?? ish. x pedih ke?

Kesuma Angsana said...

korn cer cuba, cer cuba hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...